Individu lengkap di vaksin akan diteliti kelonggaran kebebasan



Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata,kerajaan sedang meneliti kelonggaran dan kebebasan yang akan diberikan kepada individu yang sudah melengkapkan vaksinasi termasuk kebenaran untuk merentas negeri.

Perkara itu sedang diperhalusi oleh jawatankuasa teknikal terdiri daripada pakar-pakar kesihatan dan sains yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV), sebelum dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk diumumkan dalam masa terdekat.

Selain aspek klinikal ianya juga mengambil kira data-data dari negara lain. Apakah kebebasan diberikan kepada mereka yang sudah lengkap divaksinasi serta ditahap mana.

Menurut Khairy lagi, individu yang sudah melengkapkan dos vaksin COVID-19 juga akan dikenal pasti menerusi aplikasi MySejahtera yang berperanan sebagai pasport vaksin kepada individu tersebut.

"Setiap individu yang sudah lengkap di vaksin profil MySejahtera akan berwarna kuning, dan QR Code akan digunakan apabila jawatankuasa teknikal mengesyorkan kebebasan kepada mereka yang sudah lengkap vaksinasi diberikan kebenaran melakukan perkara-perkara yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan," katanya.

"Setakat ini Singapura sudah hampir memuktamadkan rundingan dengan Malaysia berhubung pengiktirafan pasport vaksinasi. Kerajaan juga sedang berunding dengan negara-negara lain untuk mendapat pengktirafan berhubung isu pengiktirafan pasport vaksinasi," ujar Khairy 











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ