Pelakon Kelahiran Malaysia dakwa dirogol Bekas Menteri

M Manikandan bekas Timbalan Menteri
Teknoloji Maklumat di Tamil Nadu

Mangsa berusia 32 tahun berasal dari Malaysia yang juga seorang pelakon dalam industri filemTamil mendakwa di rogol oleh seorang bekas Timbalan Menteri di Tamil Nadu.

Satu Pasukan Khas telah ditubuhkan bagi menangkap bekas Timbalan Menteri Teknoloji  Maklumat iaitu M Manikandan.

Pihak Polis India berjaya menahan serta sudah menyoal siasat Manikandan selama hampir dua jam Ahad lalu.

Mangsa mendakwa dia dan Manikandan sudah mempunyai hubungan sejak lima tahun lalu dan lelaki berkenaan berjanji mahu mengahwininya.

Wanita itu mendakwa Manikandan menyebabkan dia mengandung tiga kali dan memaksanya menggugurkan kandungannya.

Mangsa juga mendakwa Manikandan mengugut mahu menyebarkan gambar dan video bogelnya jika dia enggan meninggalkan negara itu.

Manikandan, bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu dan mengatakan tidak mengenali wanita itu langsung.

Beliau didakwa dengan pelbagai seksyen mengikut Kanun Keseksaan India antaranya merogol, menyebabkan keguguran tanpa persetujuan wanita), menyebabkan kecederaan, menipu dan ugutan jenayah.

Menceritakan detik perkenalan dengan Manikandan,pelakon filem Tamil itu mula mengenali bekas Timbalan Menteri Teknoloji Maklumat itu pada tahun 2017 melalui seorang kenalan sewaktu dia mempromosikan industri pelancongan di Malaysia.

Namun Manikandan dalam penafiannya mendakwa, wanita tersebut hanya mahukan wang dan ingin metosakkan imejnya.


Sumber-Agensi








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ