Isu Moratorium - Ini Penjelasan Maybank

Tawaran ansuran bulanan paling rendah, itu antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Maybank kepada pelanggan mereka.

Maybank yang sedia maklum dengan kesukaran yang dihadapi oleh pelanggan mereka di musim pandemik Covid 19 telah mengambil langkah bijak bagi mengurangi bebanan yang ditanggung oleh pelanggannya.

Pelanggan Maybank bagaimanapun mempunyai pilihan untuk memilih jangka masa yang lebih sesuai untuk mereka.

Menurut Maybank walau walaupun tempoh moratorium berakhir, sebilangan pelanggan berkemungkinan masih menghadapi beberapa cabaran dalam membuat pembayaran bulanan penuh.

Menyedari serta memudahkan pelanggan mengatasi permasaalahan yang ditanggung, maka Maybank memperkenalkan bayaran ansuran lebih rendah dengan jumlah bayaran yang lebuh terkawal.

Perincian mengenai pilihan ini juga sudah dimasukkan dalam halaman Soalan Lazim Skim Bantuan Kewangan Covid-19 Maybank yang terdapat di maybank2u.com.my.

Dua pilihan tersedia kepada pelanggan bagi pinjaman sewa beli iaitu pilihan pertama adalah penangguhan ansuran bulanan selama tiga bulan dengan lanjutan tempoh bayaran selama 12 bulan.

Sementara pilihan kedua pula, ia menawarkan penangguhan bayaran bulanan selama enam bulan dengan lanjutan tempoh bayaran sehingga 24 bulan.

Menurut Menteri Kewangan,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bank tidak akan mengenakan faedah terkompaun atau penalti lewat bayar kepada peminjam yang memohon moratorium automatik yang ditawarkan menerusi Pemulih.

Ini kerana persetujuan telah dicapai dalam satu perbincangan baru-baru ini,selepas kerajaan membangkitan isu berkenaan.

Konsep pelaksanaan moratorium automatik yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam adalah sama seperti mana dilaksanakan tahun lalu.

"Fokus utama pemberian moratorium ini adalah untuk membantu rakyat dan perniagaan yang kini dalam kesusahan akibat Covid-19 dalam menguruskan aliran tunai," katanya.






Ulasan

  1. Tangguh 6 bln... Tp lajak byaran smpai 2 thn... Teruk dh ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ