Jentera Roaster Elemen Ala Scramber Sah Masuk Ke Malaysia - Royal Enfield

 



Royal Enfield Guerrilla 450 disahkan akan dibawa masuk ke negara kita nanti. Jentera Roaster ala-ala Scrambler merupakan perkembangan terkini model 450cc yang bakal menembusi pasaran global keluaran Royal Enfield. 

Difahamkan model ini lebih sesuai kegunaannya di bandar. Model ini dibekalkan dengan enjin satu silinder yang dikenali dengan nama 'Sherpa'. 



Royal Enfield dalam kenyataan yang dikeluarkan, mengaku tiada sebarang perubahan dilakukan pada bahagian enjin dan ini bermaksud Royal Enfield Guerrilla masih mengekalkan bahagian enjin sama seperti model 'Himalayan 450'. 

Kestabilan motosikal antara ciri-ciri yang dititikberatkan oleh pihak Royal Enfield. Demi membuktikan teori binaan mereka menepati sasaran,Pusat Graviti motosikal dipastikan berada dibawah. 



Kerangka besi tubular digunakan pada model Guerrilla 450 sama seperti yang digunakan oleh model Himalaya 450. Apa yang menariknya,Guerrilla 450 jauh lebih rendah dari Himalaya 450. 

Menurut wakil Royal Enfield model Guerrilla 450 dijangka masuk ke Malaysia pada penghujung 2024 atau awal tahun 2025. 



Model ini dijual dengan harga EUR 5,290 (RM 26K) di pasaran Eropah yang mana telah dilancarkan di Barcelona,Sepanyol. 



Guerrilla 450 hadir dengan dua varian iaitu Varian Standard dan varian Perdana.


Speksifikasi Guerrilla 450:-  

1. Enjin Satu Silinder. 

2. 452cc DOHC dan disejukkan sistem penyejuk cecair. 

3. 40hp pada 8,000rpm Dan 40Nm pada 5,500rpm. 

4. Fork Teleskopik Depan 43mm Showa jarak pergerakan 140mm. Penyerap hentak            tunggal di belakang jarak pergerakan 150mm. 

5. Brek depan dengan cekera 310mm tunggal dipadankan dengan Brek Axial  dua                piston.Sementara cekera besaiz 270mm dibelakang dengan satu kaliper piston. 

6. Sistem Abs Dwi Saluran didatangkan secara Standard. 

7. Ketinggian tempat duduk 780mm. 

8. Bahanapi(minyak) 11 liter. 

9. Meter. Bagi Varian Standard dibekalkan panel meter Analog dan Digital LCD. Varian      Perdana dilengkapi dengan TFT 14 inci.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ