Benarkah APRILIA RS 457 Akan Dilancarkan pada Ogos Nanti?

 




APRILIA RS 457 - Kami pernah mendengar berita yang ketika itu masih samar-samar berkenaan kemunculan model ini di pasaran negara kita. Dimaklumkan pelancaran akan berlaku pada separuh kedua 2024.

Kini kabar dari sumber menyatakan Aprilia RS 457 kemungkinan dilancarkan pada Julai atau Ogos 2024 nanti. Diharapkan kabar gembira tersebut menjadi kenyataan.




 Sedikit penerangan tentang Aprilia RS 457 yang kami dapat kongsikan.Jentera ini dipersiapkan sepenuhnya di Noale ,Itali. Model ini dikategorikan pendekatan jarak antara model Aprilia RS 125 dengan RS 660. 




Jelas dapat kita perhatikan begitu jauh jarak antara model Aprilia RS125 dengan RS 66o.Dengan terbinanya model RS 457 pihak Aprilia telah berjaya mengisi kelopongan model Superbike yang menjadi tanda tanya peminat SBK khususnya jenama Aprilia.




Kemunculan RS 457 sekaligus melengkapkan barisan model RS yang mutakhir ini berjaya menambat hati peminat tegar model Superbike yang turut menyenaraikan model RSV4 dan MotoGP  RS -GP. 


SPEKSIFIKASI RS 457 -:

1. Enjin 2 silinder parallel twin. 
2. Berat 158kg dengan 457cc dengan 47hp  dan 43.5Nm. 
3. Ride By Wire .
4.Terdapat 3 mod enjin iaitu Power(Kuasa), Tork dan Traction Control. 
5. Lampu LED sepenuhnya dan terdapat DRL (Day Running Light). 
6. Panel meter TFT 5 Inci. 
7. Suspensi depan Fork 41 mm dan Monoshock belakang dipadankan dengan swingarm keluli. 
8. Sistem Brek menggunakan kaliper jenama ByBre 4 pot bersama cakera 320mm didepan dan 220mm di belakang. 
9. Aksesori tambahan ialah Quick Shifter Up/Down.






Kami percaya Aprilia RS 457 akan menjadi saingan kepada CF Moto 450SR yang semakin ketara menambat hati peminat Superbike dibawah 500cc akhir-akhir ini. 




Namun sekiranya harga yang ditawarkan oleh Aprilia bagi model RS 457 berkategori mampu milik,tidak hairan jika model berjaya menguasai pasaran model Superbike dibawah 500cc di Malaysia.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ