"RECALL" Suzuki - V-Strom 800DE - Tayar OEM Bermasaalah

 




Tayar OEM yang dibekalkan kepada model Suzuki V-Strom 800DE secra standard bermasaalah.Demikian punca "Recall" dilancarkan oleh Suzuki United Kingdom.

 Tayar Dunlop Trailmixtour  110/80-19 depan dan belakang 15-70-17 yang dipasang secara standard pada model berkenaan dikatakan bermasaalah. 




Sebanyak 304 buah model tersebut yang didaftarkan di UK telah diarahkan untuk berhenti menunggang dan pemilik diminta menghubungi wakil Suzuki berdekatan bagi proses selanjutnya. 

Info yang kami terima, pemilik motosikal diberi peluang untuk menghubungi pengedar Suzuki berdekatan untuk membawa motosikal mereka bagi proses penukaran tayar baru secara percuma.



  

Menurut Suzuki UK,sekiranya pemilik telah menukar tayar baru lebih awal,pihak suzuki UK akan menanggung kos pembelian serta pemasangan tayar berkenaan. 

Diberitakan pihak Suzuki UK telah menangguh V-Strom 800DE kepada pelanggan baru untuk seketika sehingga permasaalahaan berkenaan selesai ditangani. 




Kami difahamkan pihak Suzuki Malaysia juga telah mengambil langkah yang serupa.Pemilik V-Strom 800DE di Malaysia telah dimaklumkan melalui surat rasmi dari Suzuki Malaysia. 

Menurut kenyataan Suzuki Malaysia,tayar berkenaan OEM itu berisiko untuk retak dan pecah.Keselamatan penunggang harus diutamakan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ