ROYAL ENFIELD Himalayan 450 Kini Berada Di Pasaran Malaysia

 



Motosikal Adventure 'Satu Silinder' kini telah berada di pasaran negara kita. Pelancarannya telah diadakan di MAEPS,Serdang di Arts Of Speed 2024 baru-baru ini. 

Royal Enfield Himalayan 450 ini dibekalkan dengan enjin 452cc 'Satu Silinder'. Difahamkan model ini mempunyai keupayaan yang jauh lebih baik dibandingkan dengan model sebelumnya. 



Ianya juga merupakan model yang telah di naik taraf dari model Himalayan 411.


 Speksifikai- Himalayan 450 : 

1. Enjin Satu Silinder 452cc DOHC. 

2. Sistem Penyejukkan Cecair. 

3. Keupayaan Jana kuasa 40hp dan 40Nm. 

4. Meter TFT dengan navigasi Google Maps boleh disambungkan terus ke handphone. 

5. ABS dan Kaliper brek jenama ByBre dengan cekera 320mm didepan dan cekera 270mm di belakang. 

6. Rim saiz 21 inci depan dan 17 inci belakang. 

7. Bahan api(Minyak) kapasiti 17liter. 

8. Suspensi depan Showa (USD) 200mm depan dan 150mm belakang. 

Terdapat lima warna yang ditawarkan bagi pasaran di Malaysia dan harga ditawarkan  mengikut warna. 

Harga Dan Warna Royal Enfield Himalayan 450:- 

1.Slate Himalayan Salt-RM 31,100 



2. Slate Poppy Blue - RM 31,100 



3. Kamet White - RM 32,200


 

4. Hanle Black - RM 31,500 


 

5. Kaza Brown - RM 30,600


  

Kepada yang berminat untuk melihat dan menguji model Himalayan 450,sila kunjungi bilik pameran pengedar Royal Enfield berhampiran lokasi anda.













Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ