Kenapa Kerajaan Jepun Menyekat Pengedaran Model YZF R1?

 

YZR R1

YAMAHA telah memalsukan permohonan yang diperlukan bagi mematuhi peraturan keselamatan dan alam sekitar Jepun. Ujian pensijilan kenderaan yang tidak mematuhi standard. Demikian dua kesalahan yang telah dilakukan oleh Yamaha.

Kesilapan dan kesalahan berkenaan dikesan sewaktu Kementerian Tanah,Infrastruktur,Pengangkutan dan Pelancongan(MLIT) Jepun mengadakan audit pemeriksaan di Ibu Pejabat Yamaha Moto Co di Iwata,Jepun baru-baru ini. 

Pihak Yamaha mengaku menjalankan ujian bunyi pada model YZF-R1 yang tidak mematuhi peraturan seperti ditetapkan. Yamaha juga mengakui menyerahkan data palsu bagi model YZR-R3 dan TMAX. 


YZF R3


Info yang kami terima,setelah selesai siasatan dijalankan, kemungkinan model berkenaan akan dipanggil semula atau sebaliknya bergantung kepada keputusan pihak berkuasa Jepun. 

Viral di media Jepun kemungkinan Yamaha akan dikenakan tindakan penalti tambahan natijah kesilapan yang mereka lakukan.

TMAX

 

Setakat ini sekatan pengedaran tidak melibatkan model YZF R3 dan TMAX. Namun sekatan pengedaran dan penghantaran terhadap model YZF R1 telah pun berkuatkuasa. 

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi dari Yamaha Jepun samaada sekatan berkenaan hanya melibatkan kepada pasaran domestik Jepun sahaja atau melibatkan pasaran antarabangsa.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ