Edisi Merdeka Terhad 1000 Biji - ZEUS 613

Zeus Helmets Malaysia telah memperkenalkan model ZS-613 yang jelas terdampar sokongan mereka terhadap negara Malaysia dengan desain bendera kita sekaligus meraikan kemerdekaan negara yang ke 66 bakal disambut pada 31 Ogos nanti.



Helmet berkarektor 'Dwi' sepertinya memberikan pilihan kepada pengguna iaitu samaada untuk dijadikan 'Open Face atau Full Face'.Harga yang ditawarkan bagi helmet Edisi Merdeka ini adalah RM380 dengan aksesori tambahan.


Bagi mereka yang berminat memilikinya pihak Zeus telah membuka pra-tempahan bermula dari 24 Jun hingga 28 Julai 2023. Bakal pemilik boleh membuat tempahan di 32 dari 169 pengedar diseluruh negara.


Menurut Zeus Helmets Malaysia,helmet Zeus 613 edisi terhad ini hanya dijual 1,000 unit sahaja.Tiada lagi pengeluaran untuk edisi berkenaan selepas ini.Difahamkan helmet ini merupakan ilham cipta pereka grafik Zeus Helmets Malaysia, Adi Asymawi Akmal. 


Edisi terhad ini mempunyai keunikan tersendiri. Melihatkan kepada grafik tertera warna biru bahagian sisi atas kiri dan kanan.


Sementara tulisan tarikh kemerdekaan pula dihujung belakang sebelah atas. Dimana sesiapa yang berada di belakang pemakai helmet ini akan jelas nampak keunikannya.


Sementara warna merah yang diadunkan pada sisi sebelah bawah diterapkan dari kegagahan Harimau tunggak utama Malaysia.Visor Smoke yang diadunkan dengan helmet ini menambahkan lagi 'kegarangan'nya.


Tambah berseri helmet edisi terhad ini, tertera tulisan Malaysia Truly Asia pada kedua belah sisi bawah kiri dan kanan dengan warna kuning berlatarbelakang hitam.


Keunikan helmet edisi terhad ini ditambah lagi dengan adanya no siri yang terletak dibelakang sementara diatas no siri berkenaan tertera tulisan MERDEKA NEGARAKU.Ditengah-tengah dibahagian atas terdampar bintang sama seperti di bendera Malaysia beserta tulisan Zeus di bahagian depan.





 








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ