Pengedar Zontes Santuni Pemilik


 Pelik tapi itulah kenyataan, ZONTES DISTRIBUTION (M) SDN BHD terkini telah mengambil insiatif 'Turun Padang.'   Ianya merupakan satu usaha dalam mengekalkan Ukhwah antara pengedar dan pemilik Zontes.

Tampak jelas Zontes Distribution(M) Sdn Bhd tidak hanya sekadar melepaskan  'Batuk DiTangga'. Perkhidmatan selepas jualan menjadi tonggak utama dalam merealisasikan kepuasan pemilik.


Bermula awal tahun 2023, pihak Zontes Distribution (M) Sdn Bhd telah merangka pelbagai program dalam usaha mengilapkan kembali produk jenama Zontes ke mercu landasan sama kelas dengannya.

Motosikal keluaran Zontes yang menjalar di jalanraya negara kita terdiri dari siri 310cc dan 155cc.


Sejarah kemunculan produk zontes bermula sekitar 2019, hanya siri 310 yang dibawa masuk oleh Zontes Distribution(M) sdn Bhd ke Malaysia.

Sambutan peminat dua roda di negara kita cukup hebat, kemunculan jentera yang sofsikated tanpa kunci(keyless) dengan penerapan sistem eletronik menjadikan jenama  Zontes pesaing dipasaran motosikal yang sama kelas dengannya.


Kerancakan jualan Zontes 310 di seluruh negara, menjelaskan peminat dua roda di negara kita telah lama menunggu kemunculan jentera kelas pertengahan berteraskan sistem eletronik.

Bumi mana tak ditimpa hujan, begitu juga nasib yang menimpa jenama Zontes.Kemerosotan baik dari segi pengeluaran dan jualan secara global telah menghantui masyarakat dunia pad awal 2020 natijah Covid-19.


Perusahaan automatif terjejas teruk.Tempias wabak Covid-19 akibatkan pasaran motosikal di negara kita merudum.Jualan serta model baru yang dirancang untuk dilancarkan terpaksa ditangguh.

Zontes Distribution(M) Sdn Bhd juga menyedari masaalah yang membantutkan jualan mereka bermula dari 2020 sehingga penghujung 2021. 

Keperitan mendapat bekalan alat ganti dari negara pengeluar Zontes merupakan isu utama meruntuhkan jualan Zontes di negara kita. Umum mengetahui punca wabak Covid-19 adalah dari negara China.


Rungutan dan kepayahan pemilik Zontes mendapatkan alat ganti bermula 2021 sehingga 2022 menjadi isu kemerosotan jualan Zontes di negara kita.

Kekurangan woksyop atau mekanik mahir meningkatkan lagi amarah pemilik Zontes di seluruh negara.Nasib pemilik boleh dikategorikan terumbang ambing disebabkan isu berkenaan.

Inisiatif  pengurusan tertinggi Zontes Distribution(M) Sdn Bhd dalam usaha membaikpulih isu yang menjejaskan jualan dan populariti produk zontes seumpama Cahaya Mentari Terbit Di Ufuk Timur.


Program Road Show dengan mendekati orang awam disamping memperkenalkan model Zontes 310 dan model siri 155 telah dipraktikkan. Pelbagai acara permotoran disertai.

Selangor, Kelantan,Melaka dan Terengganu merupakan sasaran awal dalam siri Road Show berkenaan. Peluang menunggang disamping penerangan teknikal diberikan kepada orang awam yang hadir.



Hasil Road Tour di 4 negeri berkenaan menyaksikan seolah-olah jenama Zontes seperti baru muncul dipasaran negara kita. 

Informasi dan ketampakan model motosikal Zontes seakan mimpi bagi mereka yang hadir sesi 'Test Ride' sewaktu program Road Show.

Dan terkini pihak Zontes Distribution (M) Sdn Bhd meneruskan program Road Show dengan perubahan tatacara. iaitu menyantuni pemilik. Usaha pertama menyantuni pemilik Zontes telah diadakan pada peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur(Central).

Pemilik motosikal Zontes telah diraikan oleh pihak pengurusan Zontes dengan mengadakan acara konvoi dan bersarapan pagi.


Lokasi pilihan adalah Lemang Toki di Pekan Bentong,Pahang. Seramai 25 orang serta pasangan turut serta didalam program tersebut.

Selain dari sarapan pagi,peserta diberi peluang untuk meluahkan segala masaalah yang timbul sewaktu sesi soal jawab yang diselitkan didalam program berkenaan.


Tinjauan Hariankabar.blogspot.com yang terlibat secara langsung program Road Show mendapati majorriti pemilik yang terlibat berpuashati dengan tindakan pihak pengurusan Zontes dalam mendekati pemilik.

Isu alat ganti yang menghantui pemilik Zontes sudah berjaya dipulihkan melalui persetujuan dan kerjasama pihak pengurusan demi mengilapkan semula produk berkenaan.


Menurut wakil Zontes Distribution (M) yang mengetuai misi Road Show, Shawn Wong, program menyantuni pemilik akan diteruskan mengikut Zon. Objektif program adalah mengenal pasti masaalah pemilik serta menyantuni pemilik Zontes di seluruh negara.

Semoga usaha Zontes Distribution(M) Sdn Bhd mencapai sasaran.Segala usaha tanpa sokongan pemilik tidak akan membuahkan kejayaan.


Walaupun jenama zontes yang ada dinegara kita bukanlah produk premium,namun keperihatinan serta sifat tanggungjawab yang dipertontonkan oleh pihak pengurusan menjadi contoh dimana pengeluar menghargai pemilik.

Tanpa pemilik pengeluar akan rugi.Dan tanpa pengeluar pemilik tidak akan memiliki.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ