Gathering Honda RS & RSX 5.0








Acara tahunan yang dinantikan oleh pemilik Honda RS dan RSX 150 kini menjelma kembali. Litar Permotoran Stadium Gong Badak,Kuala Terengganu menjadi tumpuan pemilik Honda RS dan RSX 150 berkumpul buat kali ke 5.

'GATHERING Honda RS dan RSX Ke 5', kemeriahan acara berkumpulnya pemilik Honda RS dan RSX kali ini bertepatan dengan kejohanan Cub Prix Malaysia Pusingan ke 6 yang berlangsung dilokasi yang sama.




Seramai 1500 pemilik Honda RS dan RSX 150 hadir pada acara berkumpulnya jenama berkenaan. Menurut Mohd Alfishahrin Zakaria,selaku penganjur, beliau sentiasa menekankan aspek keselamatan kepada pemilik Honda RS dan RSX yang hadir ke acara tersebut.

Pergi Selamat dan Balik Pun Selamat, itu yang selalu saya tekankan kepada mereka.Dan sewaktu berada dilokasi,hormat menghormati menjadi isu utama. Contohnya tidak membuat bising dengan sengaja memulas throttle ekzos sekaligus hasilkan bunyi bising serta mengeluarkan asap yang pastinya mencemarkan.




Naratifnya pengunjung yang hadir bukan sahaja pemilik motosikal,malah penduduk tempatan tanpa mengira usia termasuk golongan kanak-kanak.Persepsi mereka akan menjadi negatif jika adanya unsur-unsur yang mencemarkan acara.

Siapa yang tidak mengenali Mohd Alfishahrin dan isterinya Diana. Pasangan yang telah melonjakkan jenama Honda RS di mata dunia.Pasangan ulung negara kita ini telah melakarkan 2 sejarah dengan menunggang Honda RS 150 iaitu dari Malaysia ke London dan Malaysia ke Russia.




Catatan sejarah pasangan berkenaan merupakan satu strategi pemasaran dan peningkatan jualan Honda RS dan RSX 150 di negara kita.Kemampuan dan keupayaan jentera Honda RS dan Honda RSX 150 bagi perjalanan yang jauh begitu menyakinkan dengan terbuktinya pengembaraan oleh pasangan tersebut.

Menyingkap sejarah, acara berkumpulnya Honda Gathering RS150 pertamakali diadakan di Stadium Shah Alam,Selangor pada tahun 2017.Idea yang datang secara spontan serta sokongan padu dari isteri membuatkan Mohd Alfishahrin menyuarakan hasratnya kepada pihak Boon Siew Honda.




Hasrat dan keinginan dalam menyatukan seluruh pemilik Honda RS150 ketika itu mendapat persetujuan dari pihak Boon Siew Honda.Ketua-ketua kelab Honda RS150 dari seluruh negara juga telah menyatakan sokongan yang padu bagi merealisasikan hajat beliau.

Langit tidak selalunya cerah,mendung datang tanpa diundang. Begitu juga dengan Mohd Alfishahrin, kepayahan mendapat 'Permit' serta kekangan 'Dana' sering menghantui setiapkali acara diadakan.




Namun kemunculan beberapa syarikat pengeluar seperti GIVI Asia yang sering menghulurkan bantuan barangan untuk dijadikan hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir.

Selain dari GIVI Asia ,terdapat juga syarikat yang menghulurkan bantuan penajaan bagi menjayakan acara tersebut. Acara Gathering Honda RS dan RSX 150 ini ada keunikan tersendiri.




Pengunjung dihidangkan dengan pertunjukkan 'Skill Advance Riding' oleh Tim Wazi Boys.Tim yang diketuai oelh Hj Wazi bekas pelumba Cubprix negara.Pemilik dan pengunjung juga diberi peluang untuk menyertai acara Skill Advance Riding berkenaan.

Kemeriahan acara juga diserikan lagi dengan pertandingan menunggang motosikal perlahan.Dua kategori dipertandingkan iaitu menunggang secara solo dan berpasangan.




Kerjasama dengan penganjur Cub Prix.? Menurut penganjur, kerjasama ini sudah lama terjalin.Langkah ini diterapkan dengan objektif iaitu memberi pendedahan kepada pemilik RS dan RSX penglibatan jentera Honda dalam perlumbaan Cub Prix

Objektif seterus ianya juga sebagai penyuntik semangat bagi pemilik Honda terutama lepasan sekolah mengenai acara perlumbaan yang tidak menyalahi undang-undang jalanraya.




Menyentuh dari segi pembaikan acara, Mohd Alfishahrin berhasrat akan membuat kajian secara terperinci berhubung kehadiran,lokasi dan tarikh.

Setiap rungutan dan komen dari pengunjung akan diambil kira demi memuaskan hati pengunjung tempatan mahupun pemilik motosikal Honda RS dan RSX yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan setiap kali acara berkenaan diadakan.




Keabsahannya,sokongan dan kesungguhan pemilik dari setiap pelusuk tanah air yang hadir merupakan kekuatan bagi saya dan isteri dalam meneruskan acara tahunan ini,tegas Mohd Alfisharin.

Rezeki tidak salah alamat, sebuah motosikal Honda RSX 150 yang dijadikan hadiah cabutan bertuah telah berjaya dimiliki oleh salah seorang ahli kelab RSX Pahang Tengah. Hadiah telah disampaikan oleh penganjur Mohd Alfishahrin Zakaria.


















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ