Test Ride Dominar 400 Baharu - Power



Dominar D400 versi terkini.Kenyataan dari Modenas model ini telah dinaik taraf. Kita tengok setahap mana taraf yang telah dinaikkan

Pada 10 September lalu Modenas memperkenalkan Dominar 400 yang telah dinaik taraf kepada media.Savanna Green dan Charcoal Black merupakan dua warna pilihan.

Charcoal Black

Savanna Green

Tampak model yang dinaik taraf ini terdapat beberapa peningkatan teknikal.Penyerap hadapan terbalik(USD),penyerap hentak tunggal Nitrox di belakang,

Dua meter paparan LCD dengan kedudukan yang berbeza.Hendal bar lebih kurang sama model terdahulu. 

Dua meter dengan kedudukan berbeza

Sistem Ekzos Berkembang baharu.Kedudukan cakera tunggal brek hadapan diubah ke sebelah kiri.Enjin bersesaran 373cc DOHC dengan teknolji DTS-i,penyejukkan cecair.

Kemampuan lontaran kuasanya 40hp,sementara tork masih sama seperti model terdahulu iaitu 35Nm dengan sistem Klac Assist dan Slipper.

Demikian antara teknoloji yang dikenal pasti terdapat pada motosikal Dominar 400 baharu. Pastinya pembaca teruja bila mengetahui semua itu. Bagaimana dengan prestasi?

Saya berpeluang menguji Dominar 400 baharu ini selama beberapa hari. Satu persatu  hasil ujian terhadap jentera ini saya akan kongsikan ,

Saya mulakan tentang suspensi depan dan belakang. Fork hadapan jenis terbalik (USD) serta Monoshock Nitrox di belakang.

Jelas suspensi yang terpasang pada jentera ini berfungsi mengikut kehendak penunggang baik di permukaan jalan yang rata mahupun offroad kurang ekstrim.

Paling berkesan khususnya sewaktu mengambil selekoh,di dalam selekoh dan sewaktu keluar dari selekoh dalam masa cepat atau pun perlahan tanpa sebarang gangguan.

Meter LCD di dua kedudukan berbeza.Seikhlasnya bagi saya meter LCD yang terdapat di tangki minyak tidak banyak membantu namun ianya menzahirkan kreativiti pengeluar.

Meter Utama mesti dijadikan panduan sewaktu menunggang.Andai meter di tangki minyak menjadi panduan, ianya bakal menghilangkan fokus penunggang. 

Ekzos Berkembar Baharu. Menarik perhatian mereka yang berada disekeliling lantaran bunyi yang dihasilkan. Apa pun bunyi yang dihasilkan pastinya tidak bingitkan telinga.

Dari segi sistem brek khususnya cakera tunggal di hadapan,dulu terletak sebelah kanan dan sekarang ditukar pada sebelah kiri boleh dipuji berfungsi dengan baik.

Hendal bar agak luas dimensi antara kiri dan kanan. Bermaksud terlalu luas bukaannya.

Tidak dinafikan keselesaannya memang terasa sewaktu menunggang dalam situasi santai.Namun lain pula ketika memecut.Kedua lengan amat terasa tekanan angin dari depan.

Hendalbar yang terlalu besar/luas bukaannya telah memberikan ruang yang semaksima mungkin bagi angin menerjah pada kedua lengan penunggang.

Penunggang harus memegang hendal bar dengan kuat bagi mengawal kestabilan motosikal.

Dominar 400 serba baharu ini paling selesa dan selamat ditunggang pada kelajuan 140km/j.

Saya berjaya memecut sehingga 165km/j bagi menguji kestabilan serta pengendalian.

 Kelajuan bukanlah pilihan terbaik bagi jentera ini.

Bercerita tentang enjin DOHC,Klac Assist dan Slipper. 

Ternyata Dominar 400 yang dinaik taraf berjaya mengubah persepsi bakal pemilik mahupun mereka yang suka dengar cakap. 

Cukup seronok merasakan lontaran kuasa enjin yang berbeza rentaknya. Getaran tetap terasa,namun tidak sehebat model terdahulu.

Pengunaan minyak. Isu ini sebenarnya melibatkan cara tunggangan. Sewaktu menguji model ini saya tidak berdepan dengan isu minyak yang kuat.

Malah penjimatan minyak ketara bagi jentera ini walaupun saya memecut semaksima mungkin.

Ini dibuktikan pada sesi ujian ke Anuar Rusa Steak House,Felda Gedangsa destinasi tersohor bagi peminat daging rusa.

Jarak dari rumah ke lokasi berkenaan adalah 200km dua hala.

Pengunaan bahanapi bagi Dominar 400 jelas menjimatkan dengan kadar kelajuan minima 120km/j dan maksima 160km/j. 

Harga mampu milik RM13,997 tanpa insuran dan cukai jalan bagi Dominar 400 dijangka antara menjadi pilihan peminat dua roda di negara kita.

Dominar 400 yang dinaik taraf ini telah pun berada di premis sah pengedar MODENAS. .



 







 














Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ