Apakah Benar Air Zam-Zam Tidak Dibenarkan Bawak Balik?

Telaga Zam-Zam
Tular  di video Tik-Tok baru-baru ini viralkan kesah jemaah haji mahupun umrah tidak dibenarkan membawa balik air zam-zam ke tanah air.

Video yang diviralkan menggunakan nama Masjid Besi, memberi peringatan kepada jemaah yang terbang melalui lapangan terbang baharu di Jeddah.

'Kepada para Mutawif, nak beritahu untuk lapangan terbang baharu di jeddah,air zam-zam tidak dibenarkan di bawa balik." kata individu tersebut didalam video berkenaan.

Jadi bagi tahu jemaah minumlah sepuas-puasnya air zam-zam di sini dan walaupun 5 liter ianya tidak dibenarkan untuk di bawa balik, demikian tegas individu dalam video tersebut.

Walaupun Air Zam-Zam 5 liter namun
tidak mendapat kebenaran untuk dibawa
keluar oleh Kerajaan Arab Saudi

Individu tersebut juga menambah,kemungkinan isu tersebut merupakan peraturan baru yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.Individu tersebut juga menyatakan di lapangan terbang air zam-zam tidak dijual.

Apa pun kita tunggu pengesahan mahupun khabar dari pihak berwajib negara kita dalam menangani isu tersebut.

Setakat ini belum mndapat penjelasan dari mana-mana pihak berhubung insiden. berkenaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ