Tidak Wajib Ujian Kendiri Covid-19 - KJ

Menteri Kesihatan-Khairy Jamaluddin


"Kerajaan juga tidak akan mewajibkan pelaksanaan ujian kendiri COVID-19 kepada individu belum atau menolak vaksin, yang mahu merentas negeri", kata Menteri Kesihatan.

Mengulas lanjut isu berkenaan,Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata,cadangan mewajibkan ujian kendiri setelah di lakukan kajian ianya didapati sukar untuk dikuatkuasakan.

Jujur dan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan diri dan keluarga itu yang didambakan bagi individu yang akan merentas negeri.

Menurutnya lagi,rentas negeri ini membabitkan jalan keluar masuk di semua negeri dan agak mustahil untuk memeriksa semua.

Cadangan yang diutarakan sememangnya bermanafaat,namun tiada cara untuk kuatkuasakannya,ujar Khairy Jamaluddin.

SOP yang sedia ada masih diguna pakai.Tiada SOP baharu dikeluarkan semasa rentas negeri.Namun tidak berarti kelonggaran diberikan kepada individu yang belum divaksin yang merentas negeri.

Contohnya individu yang belum divaksin masih tertakluk kepada larangan seperti makan di restoran dan lain-lain.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ