Adakah ZONTES 368G Akan Dibawa Masuk Ke Pasaran Negara Kita?

 

ZONTES 368G


ZONTES, Skuter Adventure yang berjaya menambat hati peminat versi skuter di negara kita mutakhir ini nampaknya telah megemaskini produk mereka dengan keluaran terkini iaitu Skuter Zontes 368G. 

Kami telah menerima berita dari sumber di negara jiran perihal skuter Zontes 368G yang telah diuji di negara tersebut.Kabarnya Zontes 368G telah diperkenalkan di pasaran negara China pada bulan Julai lalu. 

Spy Shot - Zontes 368G
sedang diuji di Thailand


Menurut sumber, model berkenaan sedang menjalani ujian enduran di negara Thailand. Dan dipercayai model berkenaan akan memasuki pasaran negara Thailand. 

Rekod jualan Skuter Zontes 350 semenjak diperkenalkan pada Ogos 2023 di  negara kita cukup memberangsangkan khususnya varian D.Namun varian E juga tidak kurang hebatnya.

Tinjauan kami pada wakil pengedar sah Zontes menunjukkan permintaan bagi skuter Zontes 350D dan Zontes 350E cukup tinggi. 

Berbalik kepada skuter Zontes 368G, Disini kami kongsikan speksifikasi model tersebut.

Speksifikasi Zontes 368G;-

1. Enjin 368cc dengan output 38.2hp. Tork 40Nm dengan kelajuan maksimum 129km/j.



2. Sistem brek ABS dua saluran dengan fungsi selekoh di depan. 



3. Kamera resolusi tinggi di depan dan belakang. 



4. Terdapat radar di belakang berfungsi memberi amaran pada penunggang tentang Titik Buta pada cermin sisi. 

5. Rim depan saiz 17 inci dan 14 inci di belakang.


 

6. Tayar Tubeless. 

7. Bahan bakar 17.5 liter(minyak) 

8. Berat 198kg. 



9. Dua Mod Tunggangan, Eco dan Sport. 

10.Ruang simpanan dibawah pelana boleh memuatkan 2 helmet Full face. 



11.Skrin TFT serta terdapat 3 port USB,A dan C. 



12.Panjang 2,230mm,lebar 925mm dan tinggi 1,395mm serta jarak roda 1,560mm. 



Melihatkan kemunculan model berkenaan di Thailand,maka timbul persoalan di minda kita. Adakah Zontes 368G akan dibawa masuk Ke Malaysia? 

Kita menunggu kabar berita dari EUROTECH Pengedar Jenama Zontes di Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ