ASMAX WORLD - Interkom Bluetooth Dengan Harga Kompetitif

 

ASMAX S2


NKS Distributor  telah memperkenalkan dan melancarkan rangkaian interkom Bluetooth, ASMAX WORLD baru-baru ini. 

Produk diyakini memiliki ciri teknoloji yang lebih baik dibandingkan dengan jenama premium yang terdapat di pasaran sekarang. Harga yang ditawarkan lebih kompetitif .

ASMAX - Z1 PLUS


 ASMAX WORLD, merupakan jenama interkom yang begitu pantas berkembang di China. Dan ianya menawarkan sistem komunikasi berasaskan Bluetooth  dengan peralihan sambungan 5G. 

ASMAX WORLD juga memiliki interkom Mesh dengan kawalan pintar SMC (Smart Mesh Control) di mana 16 0rang pengguna serentak  boleh menghubungi sesama mereka  pada jarak sehingga 15km. 

ASMAX - F1 PLUS


Produk ini juga dibekalkan dengan ENC iaitu ciri pengurangan bunyi pintar. ENC berfungsi menapis bunyi ekzos, angin serta menambah baik kualiti bunyi interkom pada kelajuan 160km/j. 

Menariknya lagi, ASMAX WORLD telah bekerjasama dengan Studio Bongiovi Acoustic Lab in America dan telah berjaya menghasilkan bunyi yang jelas serta berkualiti tinggi. 

ASMAX - F1 PRO


Menjimatkan masa. ASMAX WORLD jelas menjimatkan masa Anda.10 minit sahaja masa yang diambil untuk mengecas bagi mereka yang ingin berkomunikasi selama 3 jam tanpa henti.Sementara bagi pengecasan penuh hanya 50 minit sahaja. 

Sempena pelancaran ASMAX WORLD oleh NKS Distributor, 4 varian ditawarkan bagi pasaran di Malaysia. 

1. S2            -   RM 399 

2. Z1 Plus    -   RM 699 

3. F1 Plus    -   RM 799 

4. F1 Pro     -   RM 899

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ