Syarat Mohon Lesen "B" Dilonggar Serta-Merta-Anthony Loke

 



Menteri Pengangkutan,Anthony Loke berkata pihaknya telah bersetuju supaya syarat memiliki Lesen Memandu Malaysia(LLM) kelas B1 dan B2 hanya perlu aktif dan mencukupi tempoh 10 tahun ke atas sahaja. 

Pelbagai reaksi dan aduan telah diterima daripada orang ramai berhubung syarat yang melayakkan bagi program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia(LLM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B. 

Kementerian Pengangkutan(MOT) akhirnya terpaksa akur dan melonggarkan salah satu syarat yang menetapkan individu dikenakan syarat memegang LMM kelas B1 dan B2 secara aktif selama sekurang-kurangnya 10 tahun berurut-turut. 

Syarat berkenaan dilonggarkan serta-merta berikutan keluhan orang ramai yang mendakwa tidak layak menyertai program tersebut. Orang ramai yang memohon boleh membuat semakan semula di aplikasi My JPJ. 

Namun orang ramai di minta bersabar kerana ianya dijangka mengambil masa disebabkan perubahan dalam sistem.

Anthony Loke juga berkata syarat berkenaan dilonggarkan berikutan mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020. Dan ianya adalah munasabah serta kesukaran memperbaharui lesen di musim Covid -19 harus di ambil kira. 

Syarat yang lain masih kekal.Pemohon juga perlu bebas daripada sebarang senarai hitam dan tunggakan saman. Pemohon yang ingin mengikuti tersebut,boleh terus ke institusi latihan memandu jika melepasi kelonggaran kelayakan baharu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ