Kembara Kasih Asnaf- Menunaikan Tanggungjawab Sosial Koporat(CSR) - AGRO BANK

 


Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke 55 Agrobank, satu program Kembara Kasih Asnaf telah dijalankan baru-baru ini. Program tersebut dilakukan melalui jelajah motosikal pelbagai kuasa. 

Datuk Tengku Ahmad Badli Shah,
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Agrobank

Program yang dilaksanakan melalui kerjasama strategik MyAngkasa Amanah Berhad(MAAB) melibatkan 30 kakitangan Agrobank dan lima wakil MAAB.







Jelajah Kembara Asnaf yang jaraknya sejauh 1,600 kilometer dalam misi menyampaikan sumbangan zakat kepada penerima yang dikenal pasti, akan singgah di Terengganu,Kelantan,Kedah,Pulau Pinang dan berakhir di Perak.





Menurut Datuk Tengku Ahmad Badli Shah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank,nilai sumbangan zakat yang diberikan kali ini bernilai RM 30,000 melibatkan hampir 200 asnaf. 



"Kembara Kasih dan dan sumbangan zakat asnaf adalah acara tahunan",ujar Datuk Tengku Ahmad Badli Shah. 

Jelas terdampar sepanjang jelajah ,peserta-peserta telah menunaikan tanggungjawab sosial koporat(CSR) yang diamanahkan tanpa reaksi keletihan walaupun terpaksa meredahi perjalanan melebihi 300 kilometer bagi setiap destinasi. 



Walaupun terpaksa menempuh cuaca yang tidak menentu serta pelbagai dugaan, kesemua peserta telah mempamerkan Semangat Setiakawan dan kerjasama yang tinggi disepanjang jelajah Kembara Kasih Asnaf. 


   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ