Dua Dos Vaksin dan Dos Penggalak -Syarat Solat Jumaat Di Selangor



Sudah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak syarat bermula 25 Februari untuk menunaikan solat Jumaat di masjid seluruh Selangor. 

Ini berdasarkan ketetapan terbaharu diedarkan secara dalaman oleh Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) kepada masjid,surau dan musolla di Selangor.

 Ianya dilihat satu usaha mempertingkatkan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard di masjid,surau dan musolla bagi mengawal penularan wabak Covid-19 di negeri Selangor. 



Surat edaran bertarikh 21 Februari 2022, menyatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, berkenan mengekalkan ketetapan solat Jumat,solat lima waktu serta program pengimarahan yang dikeluarkan bertarikh 20 Januari lalu.

Ketetapan 20 Januari lalu ada menjelaskan mengenai Ketetapan Baru Pelaksanaan Solat Fardu Jumaat dengan Kapasiti Penuh Serta Penjarakan Fizikal 1.0 Meter Antara Jemaah Di Semua Masjid Dan Surau Kebenaran Solat Jumaat.

Natijah dari perkembangan terkini penularan Covid-19 secara mendadak,baginda menzahirkan kebimbangan akan berlaku situasi yang lebih buruk dan bakal menjejaskan aktiviti di masjid,surau dan musolla. 

Baginda berkenan agar pentadbir masjid,surau dan musolla di seluruh negeri Selangor agar mempertingkatkan penguatkuasaan setelah mendapat nasihat dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. 

Beberapa perkara yang ditekankan di dalam edaran tersebut ialah -

1. Jemaah yang telah lengkap dua dos vaksin serta dos penggalak(booster) dibenarkan hadir untuk solat Jumaat. 

2. Pihak masjid juga harus memastikan penandaan kedudukan jemaah di ruang dewan solat utama dengan jelas. Termasuk ruang limpah masjid,surau dan musolla berdasarkan penjarakkan fizikal 1.0 meter. 



3. Selain itu jemaah juga perlu mengekalkan Prosedur Operasi Standard(SOP) iatu sihat dan tidak bergejala,memakai pelitup muka, membawa sejadah dan berwuduk dari rumah serta mempamerkan dan merekodkan kehadiran melalui aplikasi MySejahtera.



4. Pengurusan masjid,surau dan musolla perlu memastikan vantilasi ruang solat berhawa dingin dengan membuka sebahagian pintu dewan solat utama masjid, surau dan musolla. Ianya bertujuan tidak berlaku kitaran udara tepu yang berkemungkinan mengakibatkan penularan berlaku.



5. Selain itu pengurusan masjid,surau dan musolla harus memastikan sanitasi dibuat secara berjadual. Khususnya sebelum dan selepas solat atau majlis yang melibakan penyertaan jemaah yang ramai.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ