Ratusan Porsche,Bentley dan Audi Terbakar Dalam kapal


















Kapal dengan bendera Panama yang membawa kereta Porsche,Bentley dan Audi telah terbakar berhampiran pantai kepulauan Azores Portugal di Lautan Atlantik ,demikian laporan dari pembuat kereta Volkswagen.




Kapal berkenaan dilaporkan belayar dari Emden,Jerman iaitu lokasi kilang Vokswagen menuju ke Davisville Amerika. 

Seramai 22 anak kapal dipindahkan tanpa sebarang kecederaan demikian menurut kenyataan tentera laut portugal. Dianggarkan 1,100 buah kereta Porsche dan 189 buah Bentley berada diatas kapal berkenaan. 

Juga terdapat kereta Audi diatas kapal,namun jumlah sebenar kereta tersebut tidak dinyatakan.Laporan tersebut tidak menyatakan samada kereta-kereta yang terbabit rosak atau disebaliknya. 

Menurut satu kenyataan dari volkswagen,kapal berkenaan telah membawa 3,965 kenderaan jenama Volkswagen,Audi,porsche dan Lamborghini.

Pihak Volkswagen tidak dapat mengesahkan jumlah keseluruhan kereta didalam kapal berkenaan dan sedang menunggu maklumat lanjut.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ