Sudahlah Langgar lari, Lepas Tu Bawak Lari Kereta Orang Lain



Langgar lari satu hal,bukan setakat itu saja malah dilarikan kereta pulak. 

Kisahnya dua pemuda seorang yang bertopi dan seorang lagi berbaju hijau menaiki Myvi Silver telah melanggar seorang pengguna jalanraya sampai patah kaki. bukannya membantu mangsa malah mereka telah melarikan diri. 

Sewaktu kelam kabut melarikan diri sekali lagi pemandu Myvi Silver berkenaan melanggar seorang pakcik tua.Pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa meninggal di lokasi kejadian. 

Kedua pemuda tersebut cuba melarikan diri sekali lagi namun Myvi Silver nombor pendaftarannya WXG 4304 yang dinaiki mereka mengalami kerosakan dan tidak boleh bergerak.

Seorang pemandu Nissan Grand livina telah mengejar kedua pemuda berkenaan bagi mendapakan bukti dan mohon agar mereka bertanggungjawab keatas dua insiden yang dilakukan. 

Tetapi lain yang diminta,lain pula yang dapat.Kereta Nissan Grand Livina yang dipandu oleh pemuda tersebut akhirnya dilarikan oleh kedua pemuda tadi. 

Kejadian yang berlaku di Cheneh, di LPT 2 menyaksikan kedua pemuda tersebut bukannya melakukan satu kesalahan malah cukup berani melakukan kesalahan kedua melarikan kereta orang awam yang lain. 

Kereta Nissan Grand Livina yang dilarikan oleh kedua pemuda berkenaan telah dijumpai, namun dua pemuda itu masih menghilang.  


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ