Brek Lori Bermasalah,Rolls Royce Jadi Mangsa



Sebuah model Rolls-Royce Ghost menjadi mangsa terhimpit di antara dua buah lori treler. Rakaman video dan gambar-gambar yang tular menyaksikan kereta mewah berprestij itu berbaloi untuk dimiliki. 

Manakan tidak pemilik kereta mewah berkenaan dilihat keluar dari kereta tanpa sebarang kecederaan seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku. 

Menurut sumber, kejadian terbabit berlaku di Kawasan Terowong Menora-Ipoh Utara(KM 264.0) Arah Selatan.Insiden yang menyaksikan kesesakan trafik sejauh 7.5km dari arah Sg Perak menuju Ipoh Utara. 

Menurut sumber,lori treler belakang berada di lorong kanan sekali. Pemandu lori treler berkenaan mahu memberhentikan kenderaan tersebut menggunakan pembahagi jalan apabila menyedari brek angin lori bermasaalah.

Bagaimanapun usaha pemandu lori tersebut gagal apabila lori berkenaan 'terpantul' semula ke tengah jalan menyebabkan ia merempuh sebuah kereta Rolls-Royce sehingga terhimpit dengan lori lain yang berada  dihadapannya. 

Ciri-ciri keselamatan serta ketahanan model Rolls-Royce Ghost ternyata  menyelamatkan nyawa pemandu dan penumpang kereta tersebut.Ini terbukti dari komen-komen pengguna jalanraya yang turut meghulurkan bantuan di lokasi kejadian.

Ruang kabin penumpang langsung tidak terjejas walaupun hentaman dari lori berkenaan adalah kuat.Tidak pelik bagi kita jika model Rolls-Royce mencecah harga jutaan ringgit berdasarkan kelasakan dan jua ciri-ciri keselamatan yang terhidang.   


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ