Brabus 1300R Habis Terjual dalam Masa 2 minit










Brabus 1,300R sebuah motosikal keluaran dari Syarikat Brabus telah dibina berasakan model KTM 1290 Super Duke R Evo. 













Rekaan diberi penambahbaikan dimana berat telah dikurangkan sebanyak 6 kg.Enjin bersesaran 1,301cc LC8 V-Twin digunakan dan memberikan output 180hp.





Hasil ujian yang dilakukan model Brabus 1300R telah berjaya mencatat dari 0 -100 km/j hanya mengambil masa 3.2 saat dengan kelajuan maksimum 270km/j. Brabus sebuah syarikat yang mengukir nama dengan mengubahsuai kenderaan Mercedes menjadi lebih berkuasa dan berdaya saing. 

Setelah hampir 45 tahun, Brabus kini melangkah setapak lagi dalam percubaan mengadoptasikan jentera keluaran mereka dengan memperkenalkan motosikal Brabus 1300R. 

Skrin Multi Fungsi (Multi Function) bersaiz 5' tersergam dengan paparan pelbagai bagi memudahkan penunggang. 


Antaranya ialah Sistem Nirkunci (Unlocked System) berfungsi bukan sahaja menghidupkan enjin malah mengawal penutup tangki minyak. 

Bukan setakat itu saja,terdapat juga Sistem Transponder bagi mengesan pemilik dan menghidupkan enjin dengan hanya menekan butang sahaja. 

Perubahan paling ketara antara model Brabus 1300R dibandingkan dengan KTM 1290 Super Duke R Evo ialah lampu depan.Berbentuk bulat sementara lampu depan KTM 1290 Super Duke R Evo adalah lampu berkembar. 

Rim diperbuat daripada bahan gentian karbon. Sementara sistem ekzos yang dipasang pada model Brabus 1,330R adalah berkembar. 

Ciri-ciri keselamatan Brabus 1300R boleh dikategorikan sebuah motosikal yang megutamakan keselamatan penunggang. Buktinya sistem brek terpasang jenama Brembo Stylema Monoblock yang dipadankan dengan sistem Abs dari Bosch. 

Suspensi depan dilengkapkan dengan WP Semi Aktif tersedia dari KTM. Difahamkan model ini pengeluarannya terhad 154 unit sahaja. 

Harga yang ditawarkan RM188,000 (39,500 Euro). Harga tidak menjadi masaalah buat peminat Brabus 1300R.Buktinya kesemua model berkenaan telah habis dijual dalam masa 2 minit.

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ