Bersilat Pukul Drebar Van? Mesti Ada Sebab



Tular video yang sempat dirakam oleh seorang pengguna jalanraya bagaimana seorang pemandu van dipukul oleh pemandu Proton Saga.Kejadian yang berlaku di PUJ 3,Taman Bukit Jalil baru-baru ini.

Menurut sumber insiden langgar belakang menjadi punca kemarahan pemandu Proton Saga berkenaan.Dapat dilihat dari video tersebut,lelaki yang memakai topi berdiri di tepi tingkap van tersebut sambil memarahi pemandunya. 

Selepas itu lelaki yang memakai topi telah melepaskan tumbukan bertubi-tubi menerusi tingkap van yang jelas kena pada pemandunya.



Tidak puas dengan tumbukan melalui tingkap,lelaki berkenaan membuka pintu van tersebut dan mengheret pemandunya keluar sambil terus membelasah dengan gaya 'Buah Silat' menyebabkan pemandu van itu terbaring atas jalanraya. 

Sewaktu insiden dapat dilihat van berkenaan undur sendiri.Namun lelaki yang menyerang tadi sempat menyedari situasi yang berlaku dan berjaya menghentikannya.

Video pendek yang tular itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Majoriti berkata kenapa tidak berbincang secara baik bagi mengelakkan tragedi lebih buruk berlaku. Budaya 'Samseng Jalanraya' tidak menyelesaikan masaalah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ