Kawasaki Ninja ZX - 6R Bakal Berada Di Pasaran Malaysia Awal 2025


Model pemasangan tempatan (CKD) bakal dilancarkan awal tahun 2025. Itu yang dibisikkan oleh sumber yang boleh dipercayai kepada kami.

Info kepada semua peminat tegar Kawasaki, Modenas telah dipertanggungjawabkan untuk pemasangan Ninja ZX - 6R untuk pasaran tempatan.Bukan setakat itu saja Modenas juga akan mengeksport model Supersport 600cc berkenaan ke Negara China terlebih dahulu.


Menurut sumber model Supersport 600cc  yang akan dieksport ke China dan juga untuk pasaran tempatan adalah model generasi terkini yang telah dinaik taraf dari model sebelumnya.


Rekabentuk lampu hadapan baharu,sisi panel badan juga berbeza.Namun terdapat beberapa elemen dikekalkan sama seperti model sebelumnya seperti kerangka utama dan tangki minyak.


Paling ketara perubahan ialah enjin yang dinaik taraf demi mencapai emisi Euro 5 terbaru.Panel meter TFT 4.3 inci juga turut terhidang pada Ninja ZX-6R ini.


Terdapat 4 mod tunggangan iaitu Sport,Road,Rain dan Rider.Dimna setiap mod tersebut dipadankan dengan tetapan " Traction Control". MOD Rider membolehkan penunggang mengubahsuai ketetapan mengikut penyesuaian gaya tunggangan.


Speksifikasi Ninja ZX - 6R:-

1. ENJIN 4 Silinder 636CC.

2. 122hp pada 13,000rpm dan 70Nm pada 11,800rpm.

3. Suspensi Showa Seprate Function Fork- Big Piston ( Sff- Bp)

4. Suspensi Belakang sama seperti model sebelumnya.

5.Brek hadapan double disc dengan cakera berukuran 310mm.

6, Tayar yang dibekalkan ialah Pirelli Diablo Rosso IV.
.
Kami diberi tahu harga yang ditawarkan dianggarkan bawah RM70k.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ