Honda Perkenalkan 4 Motosikal Di MAS 2024



Boon Siew Honda telah memperkenalkan empat model motosikal yang baharu di Malaysia Autoshow 2024 yang berlangsung di Maeps,Serdang.

Empat model baharu Honda yang diperkenalkan ialah ADV350,CB750,XL750 dan NX500.

Honda juga memperkenalkan Pro Honda iaitu jenama minyak baharu untuk motosikal dan produk keluaran Honda Motor yang kini boleh didapati di Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Boon Siew Honda,Mitsuharu Funase, model motosikal Honda yang baru diperkenalkan mempunyai tarikan tersendiri serta estetika yang dipertingkatkan.

Ianya juga sebagai pemangkin dalam usaha Honda menaikkan semangat peminat tegar Honda yang mana mungkin ketandusan model motosikal terkini dipasaran global.

Harga yang ditawarkan bagi empat buah model terkini yang diperkenalkan ialah:-

1.ADV350 RM33,999


2.CB750.   RM50,800




3. XL750.   RM56,800



4. NX500.  RM37,000.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ