"Kalau Betul Anak Aku Curi, Ge Repot Polis" - Kak Long




Ibu mana tidak sayangkan anak,bukan senang untuk membesarkan seorang anak bermula dari dalam kandungan sehinggalah anak mampu berdikari.Apatah lagi anak dituduh mencuri tanpa sebarang bukti.

Tular video di media sosial seorang wanita naik angin apabila anak lelakinya dituduh mencuri oleh seorang pekerja di kedai serbaneka.



Wanita tersebut yang jelas tidak berpuashati sambil "Sekolahkan" pekerja kedai serbaneka berkenaan,telah meminta penjelasan secara terperinci berhubung insiden tuduhan tidak berasas terhadap anaknya.

Dapat dilihat video tersebut dibuat secara "live" kepada para pengikutya. Wanita berkenaan yang mengelarkan dirinya  "Kak Long" menjelaskan,anaknya balik ke rumah dalam keadaan menangis setelah dituduh mencuri barang mainan.

"Kalu betul anak aku mencuri,ge balai polis anak aku tak ambik hak orang," tegas Kak Long dalam loghat Terengganu mencabar pekerja kedai serbaneka berkenaan untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya benar anak beliau mencuri.



Bukan setakat itu sahaja,Kak Long juga memintak supaya rakaman litar tertutup(CCTV) di lihat sebagai bukti. Dengan nada kesal,Kak Long meminta pekerja kedai serbaneka berkenaan meminta maaf kepada anaknya.

Namun menerusi satu video yang lain pengurus kedai serbaneka berkenaan menafikan dia memarahi kanak-kanak tersebut.

Berlainan pula kenyataan dari kanak-kanak berkenaan, dia mengaku pekerja kedai itu memarahinya dan sekeras-kerasnya menafikan yang dia mencuri barang. 

Lokasi sebenar insiden tidak pasti.Namun dari loghat percakapan Kak Long, jelas itu adalah loghat Terengganu .


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ