Sindrom "Air Mata Buaya" - Makan Mesti Menangis



Pelik, namun itu kenyataan yang terpaksa di terima setiap kali menjamah selera oleh seorang lelaki  di China. 

Insan yang bernasib malang tersebut di kenali sebagai Mr Zhang di sahkan menghidap Saraf Pelik iaitu 'Sindrom Air Mata Buaya'. 

Zhang mula menitiskan air mata sewaktu menjamah selera.,demikian menurut laporan Oddity Central.Diawalnya Zhang tidak terlalu memikirkan reaksi berkenaan dan menganggap ianya kebetulan. 

Namun isu tersebut semakin serius dan memaksa Zhang mengunyah makanan lebih lama. Bagi mengelak airmatanya mengalir di depan orang lain,beliau terpaksa mengambil langkah untuk tidak makan di khalayak ramai. 

Situasi sedemikian menggangu kehidupan sosial Zhang. Menurut Ketua Jabatan Oftalmoloji, Dr Cheng Mian Chinh, kondisi demikian berkait rapat dengan kelumpuhan wajah yang dialami oleh Zhang sebelum ini. 

Tambah Dr Cheng, ianya berlaku unjuran proses pemulihan dari kelumpuhan wajah dan mempengaruhi aktiviti 'Kelenjar Lakrimal' khususnya pada bahagian mata kiri Zhang. 

Sewaktu tempoh pemulihan, serat saraf muka menjadi salah arah dan saraf saliva akhirnya mengalir ke kelenjar lakrimal dan bukannya kelenjar submandibular. 

Proses tersebut mengakibatkan kelenjar lakrimal untuk menghasilkan air mata,tegas Dr Cheng. Dilaporkan Zhang menjalani pembedahan dan keadaannya semakin baik. 

Sindrom Air Mata Buaya merupakan suatu tindakbalas keadaan perubatan yang menyebabkan penghidapnya akan menangis setiap kali menikmati makanan.   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ