CFMoto 1250 TR-G Terjah Pasaran Eropah

 

Diawal pengeluaran model ini hanya khusus digunakan oleh Polis China. 



Model CFMoto 1250 TR-G mula diperkenalkan serta di jual kepada orang awam bermula tahun lalu. Jenama dan model keluaran CFMoto ini dijangka memberikan saingan kepada model yang sama kelasnya di Eropah.

BMW R 1250 RT, Kawasaki GTR 1400 dan Yamaha FJR 1300. Tiga model yang rancak menawan hati peminat motosikal Touring di Eropah dan pastinya kemunculan CFMoto 1250 TR-G merupakan saingan terkini di pasaran Eropah. 

 





Setiap model ada kelebihan dan kekurangannya.Bagi CFMoto 1250 TR-G ada kelebihan tersendiri. Enjin V-Twin 1279cc dari KTM dengan penjanaan 140hp serta 120Nm.

Enam transmisi kelajuan dan hasil kolaborasi dengan KTM menyaksikan model 1250 TR-G di padankan dengan kerangka Trellis,suspensi Marzocchi dengan 130mm di depan dan 128mm di belakang beserta dengan Swingarm Aliminium.



1250 TR-G juga menyajikan Throttle Eletronik,Multi Plate Slipper Clutch dan di tambah dengan 4 mod tunggangan iaitu Sport,Street,Rain dan Athletic. Berat motosikal ini ialah 304kg sementara bahanapi(minyak) adalah 32 liter. 



Sistem brek yang dibekalkan menepati piawaian antarabangsa di mana Kaliper Brembo di adunkan dengan cakera berkembar 320mm di depan dan cakera tunggal 270mm di belakang. 



Sistem ABS juga terdapat pada model 1250 TR-G serta Cornering ABS.Sistem keselamatan terkini sememangnya didambarkan oleh peminat Grand Tourer sebelum memiliki motosikal idaman.

 Difahamkan harga untuk 1250TR-G di negara China adalah CNY99,980(RM66,000).


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ