Yamaha LC135 Fi (2022) Baru Dilancarkan



Yamaha LC135 Fi (2022) telah dilancarkan secara resmi sebentar tadi.Model ikonik  dengan empat warna pilihan iaitu Ruby Red, Crystal Cyan, Midnight Star dan Desert torm Special Edition.


 

Model terkini LC 135 ini di lengkapi dengan enjin penyejukkan cecair 4 lejang - SOHC silinder tunggal yang menghasilkan kuasa 12.5 hp @ 8,000rpm dan tork 12.2nm atau @6,000rpm. 





Sistem suntikan bahanapi turut digunakan pada model ini yang menggantikan kaburetor. Namun masih mengekalkan 4 kotak gear kelajuan sama seperti generasi sebelumnya.

Suspensi teleskopik di depan dan lengan ayun di belakang serta turut terhidang sistem brek cakera tunggal hidraulik pada kedua-dua tayar.



Ciri-ciri baharu yang terdapat pada Yamaha LC 135 Fi adalah paparan meter digital baharu, rekaan lampu depan dan belakang baharu bersama pencahayaan LED serta rekabentuk aerodinamik yang di pertingkatkan. 



Jelas sekali pandang lampu depan berinspirasikan model Y15ZR dan tampak lampu belakang seolah ciplak Y16ZR. 



Difahamkan rekabentuk bahru dikatakan mengurangkan geseran dan tekanan angin pada bahagian lutut bagi melancarkan tunggangan.



Hong Leong Yamaha(HLYM) juga menawarkan bakul depan premium 2 dalam 1 direka khas bagi warna pilihan Desert Storm Special Edition.Serta terdapat juga pengecas USB bersama penutup. 

Crystal Clan

Desert Storm Special edition

Midniht Star

Ruby Red

Harga yang ditawarkan bagi Yamaha LC135 Fi bagi tiga warna ialah RM7,798 sementara warna pilihan Desert Storm Special Edition adalah RM8,198.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ