Tanah Runtuh Di Tapak Perkhemahan Batang Kali 69 Dikhuatiri Tertimbus

 



Kira-kira 69 orang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang kali pada awal pagi Jumaat. 

Pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor telah menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi. 

Kejadian tanah runtuh berlaku di tepi jalan berhampiran 'Father Organic Farm' dan dipercayai menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan.



Dianggarkan seramai 100 orang berada di tapak perkhemahan berkenaan berkemungkinan menjadi mangsa tanah runtuh. 

Hariankabar(HK) dimaklumkan keluasan runtuhan dianggarkan satu ekar dan dikabarkan ketinggian runtuhan adalah 30 meter. 

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(Selangor), Dato Norazam Kamis, 31 mangsa telah dijumpai dalam keadaan selamat setakat jam 5.30 pagi. 



Pasukan Khas Operasi,Taktikal dan Penyelamat Malaysia(STORM) turut terlibat dalam operasi menyelamat berkenaan. 

Selain itu Pasukan unit K9 dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat  (BBP) Sentosa BBP Ampang,BBP Pandan,BBP Kota Anggerik,BBP Kajang dan BBP Andalas turut digerakkan ke lokasi kejadian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ