Misi Tanam Ganja Di Thailand - 1 Juta Anak Benih Diberi Percuma

 


'MISI MINAT MENANAM GANJA KEPADA ORANG AWAM' itu visi kerajaan Thailand setelah mengedar 1 juta anak benih pokok 'Ganja' kepada rakyaat. 

Pengedaran anak benih Ganja secara besar-besaran secara percuma kepada rakyaat telah dilakukan oleh kerajaan Thailand baru-baru ini. 

Pengedaran itu dijangka berterusan selama enam bulan. 

Tindakan berkenaan diambil setelah kerajaan Thailand meluluskan serta menghalalkan tanaman dan pemilikan Ganja di negara Gajah Putih tersebut. 

Sehari selepas pengumuman kelulusan berkenaan, sebanyak 1,000 anak benih Ganja percuma di berikan kepada pengunjung di Buriram yang berlangsung selama 3 hari bagi meraikan pembaharuan dasar. 

Thailand menjadi negara Asia Pertama 'menghalalkan' penanaman Ganja. Dengan alasan tanaman ganja akan dikomersilkan serta memacu industri pelancongan. 

Dasar baharu berkenaan dijangka membantu orang ramai meningkatkan pendapatan baik kepada sektor kecil mahupun indsutri pelancongan. 

Menurut Menteri Kesihatan Thailand, Anutin Charnvirakul pencapaian partinya dalam memperbaharui dasar jelas menceriakan rakyaat. 

Disebalik kegembiraan rakyaat negara Gajah Putih menyambut dasar baharu, kebimbangan juga harus di fikirkan dari beberapa aspek.

Antaranya penyeludupan Ganja berkenaan ke negara jiran yang pastinya melarang keras pengunaan Ganja dan hukuman berat menunggu kepada pengguna serta pengedar. 

Kerajaan Malaysia nampaknya terpaksa lebih memantapkan lagi rondaan sempadan demi perkembangan pembaharuan dasar oleh negara jiran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ