Kerana Tidak Belikan Motosikal Untuk Suami - Isteri Di Bunuh

 


Lantaran malu sesama tetangga dan rakan-rakan kerana tidak memiliki motosikal dan permintaan untuk membeli kenderaan 2 roda tersebut tidak dipenuhi oleh isteri, Si Suami bertindak bunuh isteri. 

Dengan menggunakan kabel eletrik, KO 33 tahun menjadi seorang pembunuh dengan menjerut leher isterinya Amelina Efriyanti 31 tahun. 

Menurut lapopran Tribun News, tragedi kejam itu berlaku di Rejang Lebong, Bengkulu Indonesia. 

HK difahamkan pasangan bekenaan pada awalnya bergaduh di rumah. Si Suami berang kerana permintaannya selama 2 bulan untuk memiliki sebuah motosikal tidak dilayan oleh mangsa. 

HK mendapat info, suspek juga suka berhutang. Suspek dikatakan berhutang sebanyak 500,000 rupiah (RM150),

Tetapi jumlah wang yang ditagih kepada isterinya sebanyak 25 Juta Rupiah(RM752) bagi realisasikan hajatnya unruk membeli sebuah motosikal. 

Dua permintaan suspek ditolak oleh mangsa dengan keras hingga mengeruhkan suasana rumahtangga yang mengundang pergaduhan dan berakhir dengan kematian kejam.

Laporan dari Ketua Operasi Kajian dan Jenayah Balai Polis Rejang Lebong berkata, mangsa yang tertekan dengan desakan mengambil wayar eletrik dihadapan rumah mereka lalu melilitkan kabel tersebut ke lehernya. 

Mangsa juga sempat meluahkan kekecewaannya dengan berkata, " daripada makan hati,lebih baik saya bunuh diri". 

Tindakan mangsa bukannya mendapat simpati dari suami,malah membuatkan suspek semakin naik darah. 

Suspek bertindak lebih agresif dengan menarik wayar berkenaan menggunakan kedua tangannya serta menyentak kuat sehingga menjerut leher mangsa. 

Mangsa dilaporkan jatuh terduduk dan tidak bernyawa lagi. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ