Laman Facebook Kawasaki Malaysia Sudah Ada - EMOS

 


Harian kabar(HK) sempat menjengah laman Facebook rasmi Modenas dan terbaca satu pengumuman yang menarik. 

Berita terkini, Kawasaki Malaysia telah mempunyai laman Facebook rasmi. Satu berita yang menarik dan mungkin ditunggu-tunggu oleh pemilik dan peminat Kawasaki. 

HK menerjah ke laman Facebook bekenaan dan mendapati tidak banyak maklumat yang tecoret. Laman facebook yang masih segar pasti memerlukan sedikit masa untuk penyaluran maklumat terkini . 

Sedikit info, EMOS (Edaran Modenas Sdn Bhd) merupakan pengedar Ekslusif model-model keluaran kawasaki. 

HK difahamkan,EMOS bertanggungjawab dalam memperkenalkan produk terkini kawasaki dengan enjin dibawah 700cc bagi pasaran di negara kita. 

Harga yang dijangkakan adalah mampu milik. Sudah pasti bagi harga yang rendah pemasangannya akan dilakukan di dalam negara serta dijenamakan semula oleh Modenas. 

Namun sehingga kini belum mendapat sebarang pencerahan tentang isu penjenamaan semula atau mungkin Modenas akan kekalkan keaslian jenama. 

Buat pemilik dan peminat Kawasaki bagi mendapat lebih banyak maklumat terkini berkenaan produk Kawasaki Malaysia dan EMOS sila like dan follow laman Facebook rasmi Kawasaki Malaysia.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ