Gementar Punya Pasal, Tersasul Sebut Mas Kawin

 


Gemuruh merupakan satu fenomena yang tidak disengajakan,malah datang tiba-tiba di waktu situasi tegang atau stress yang melampau. 

Pelbagai jenis gemuruh singgah tanpa mengira usia dan keturunan malah cukup sukar untuk mengatasinya. 

Berkemungkinan memakan masa bagi menghilangkan gemuruh atau gementar tersebut. Apatah lagi disaat untuk menjadi Raja Sehari. 

Situasi yang cukup mendebarkan bagi seorang lelaki bila berdepan dengan Tok Kadi dengan dikelilingi sanak saudara kedua belah pihak. Bermacam kisah yang kita dengar. 

Ada yang tersalah sebut nama,ada yang membisu seribu bahasa dan ada yang terpaksa berulang kali melafazkan Akad Nikah namun masih gagal dalam misi menjadi Raja Sehari. 

Demikian hebatnya gemuruh atau gementar yang terpaksa dilalui oleh seorang lelaki yang bakal bergelar Suami. Kisah yang tular di video TikTok baru-baru ini agak berbeza. 

Seorang pengantin lelaki dalam keadaan gemuruh serta terlalu gementar ketika menghadap Tok Kadi telah tersasul menyebut nilai mas kawin. 

Nilai mas kawin yang sepatutnya disebut adalah RM500 telah tersasul menjadi RM500 Juta

Begitulah padahnya apabila gementar mendatangi, hinggakan tersasul nilai mas kawin terpacul dari mulut pengantin lelaki tersebut. 

Namun reaksi pengantin berkenaan dipenuhi dengan gelak ketawa oleh Tok Kadi dan kedua belah pihak yang hadir sewaktu acara akad nikah tersebut. 

Bagi pihak jurunikah suasana sedemikian sudah menjadi asam garam bagi mereka. Dan pastinya pengantin lelaki merasakan seksa dirinya belum lagi tamat.

Ini kerana acara akad nikah tersebut perlu diulang sekali lagi.Nasib baik pengantin tersebut tersasul menyebut RM500 juta

Kalau dia tersasul menyebut RM500 billion lagi parah.

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ