15 Rakyaat Malaysia Terlibat Kemalangan Di Mudzalifah Bukan Jemaah Haji

 



Tularnya berita kemalangan melibatkan 15 rakyaat Malaysia di Mudzalifah telah menimbulkan pelbagai reaksi dan persoalan memandangkan sekarang ini Musim haji. 

Insiden bas terbabas yang membabitkan 15 rakyaat Malaysia di Mudzalifah sebenarnya tidak melibatkan jemaah Haji. 

Perkara berkenaan telah disahkan oleh Kementerian Luar Negeri. Hariankabar(HK) dimaklumkan mangsa yang terbabit adalah pekerja sebuah syarikat pembinaan. 

Kementerian Luar Negeri - Putrajaya

15 orang mangsa kemalangan tersebut merupakan pekerja di sebuah syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek landasan dan perkhidmatan kereta api di Mekah.

HK difahamkan dua mangsa kemalangan berkenaan mengalami kecederaan serius patah tulang di bahagian bahu dan tengkuk. 

Bangunan Konsulat Jeneral Malaysia
Di Jeddah

Sementara selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang. Pihak berkuasa Arab Saudi telah menjalankan siasatan lanjut insiden berkenaan. 

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah beperanan memantau perkembangan insiden berkenaan serta membantu mangsa terbabit.   

Ulasan

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dpt meneruskan kerjaya Masing2

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ