Tayar Termahal Di Dunia - RM 2.4 Juta

 

Inilah Tayar Termahal Di Dunia
RM2.4 Juta

Terpahat nama Z Tyre dalam Guiness Books Of World Record sebagai pengeluar tayar termahal dalam dunia. Z Tyres adalah sebuah syarikat pengeluar tayar yang berpengkalan di Dubai. 

Terhasilnya satu set tayar oleh Syarikat Z Tyres dan berjaya menarik pembeli dengan harga yang mustahil untuk didengar dan terkejut bila difikirkan.  

Dalam acara lelongan satu set tayar yang dikeluarkan oleh Z Tyres telah meraih harga tertinggi iaitu USD600,000 (RM2,4 juta). 

Apa rahsia tayar ini sehingga sedemikian harganya? 

HarianKabar(HK) difahamkan, Z Tyres telah menjalinkan kerjasama dengan pakar dari Itali. Pakar ini adalah merupakan grup yang diamanahkan membuat perhiasan istana DiRaja Abu Dhabi. 

Pengiktirafan dari Guiness Books
Of World Record di berikan
kepada Z Tyres

Kepakaran mereka tidak dinafikan serta tahu menilai selera pelanggan golongan Ultra Kaya. Grup Pakar berkenaan mengambil masa yang singkat serta cukup mudah bagi merelisasikan impian Z Tyres. 

Pakar-pakar barang kemas tersebut telah melekatkan 'Permata' dan 'kepingan Emas 24 Karat' pada tayar berkenaan. Idea yang fantastik dan mampu meraih keuntungan berlipat ganda tanpa diduga. 

Wang hasil lelongan tersebut telah di dermakan kepada Yayasan Zenises. Sebuah yayasan yang menambah baik akses pendidikan di seluruh dunia khususnya bagi kanak-kanak di negara mundur. 

Agak-agak tayar tersebut dipasang atau tidak di kenderaan? Jika terpasang dikenderaan,itu namanya mengundang padah. 

Pastinya pencuri memilih untuk curi tayar tersebut dari mencuri kenderaan yang menggunakannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ