350D Skuter Maxi Keluaran Zontes

 


Model yang keterampilannya Sporty dengan Gaya tersendiri adalah skuter maxi yang terkini di pasaran negara China. 

Zontes baru-baru ini telah melancarkan model ini. Secara tidak langsung jelas menunjukkan Zontes semakin matang dalam memenuhi citarasa peminat skuter . 

Pasaran skuter cukup memberangsangkan dan dikatakan mampu bersaing dengan versi pelbagai model motosikal yang ada di pasaran sekarang. 

Jenama Zontes sememangnya tidak asing bagi peminat dua roda di negara kita. Pelbagai versi keluaran Zontes terlihat menjalar di jalanraya negara kita . 

Ini petanda peminat dua roda negara kita menerima kemunculan jenama Zontes. 

Walaupun Skuter Zontes 350D 2022 dilancarkan bagi pasaran negara China, namun berita ini pastinya menjadi satu tanda soal buat peminat skuter di Malaysia.

Soalan lazim yang kita pasti dengar, bila model tersebut akan dibawa masuk ke Malaysia? 

Bagi memuaskan hati pembaca HarianKabar(HK) penulis akan mencoretkan serba sedikit info tentang Skuter Zontes 350D. 

Info yang HK terima:-  

1. Empat pilihan warna .

2. Enjin bersesaran 349cc (single cylinder, liquid cooled, SOHC, fuel injection BOSCH). 

3. Sistem transmisi automatik.

4. Kuasa maksimum 36.2hp @ 7,500rpm dengan keluaran tork maksimum 38Nm@ 6,000rpm. 

5. Tangki bahan api 12 liter.

6. Fork depan teleskopik, suspensi belakang berkembar, brek cakera depan dan belakang, ABS dua saluran.

7.Tayar depan dan belakang dalam siri 120/70-R15 dan 140/70-R14.

8. Lampu LED dan panel meter digital. 

9. Sistem kunci keyless 3.0, dengan dua mod tunggangan iaitu ekonomi dan sport. 

10. Panel meter digital dengan sambungan ke telefon bimbit menggunakan aplikasi Zontes, dua port USB untuk pengecasan pantas, 

11. Sistem pemantauan tekanan angin tayar, skrin penghadang angin boleh laras elektrik. 

12. Tuil brek yang dilengkapi fungsi parking. 

Harga yang ditawarkan di pasaran Negara Tembok Besar berkenaan adalah CNY 28,800 (RM18.896.93). 

HK belum mendapat sebarang info isu kemasukan model Skuter Zontes Model 350D 2022 ini ke Malaysia.




 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ