Karaoke Bagi Hilangkan Stress Kesesakan Jalanraya - Steady Uncle

 

Trafik jem atau kesesakan jalanraya khususnya dalam perjalanan balik selepas seharian kepenatan bekerja adalah situasi yang paling menyeksakan bagi setiap pemandu. 

Apatah lagi lokasi tempat kerja di kota besar yang menyajikan kesesakan lalulintas sewaktu datang dan balik kerja. 'Stress' tanpa diundang itu rutin.

HK terpegun bila melihatkan video yang tular bagaimana seorang 'Uncle' dengan cara tersendiri menghilangkan stress sewaktu terperangkap dalam kesesakan jalanraya. 

Beliau yang memandu seorang diri kelihatan sedang memegang mikrofon dengan gaya tersendiri sambil mengalunkan lagu. 

Dengan tingkap kereta terbuka, Uncle berkenaan menyanyi tanpa memperdulikan pengguna jalanraya yang lain. Aksi Uncle tersebut sempat dirakam oleh penumpang kereta bersebelahan. 

Apa yang jelas didalam video ini, Uncle berkenaan tidak mensia-siakan waktu terluang dan mempunyai tatacara tersendiri bagi hilangkan stress. 

Tindakan Uncle tersebut juga tidak menggangu pengguna jalanraya yang lain. Apa pun Uncle tersebut harus berhati-hati. 

Karaoke untuk hilangkan stress,tapi mata tetap tumpu ke depan demi keselamatan diri sendiri dan pengguna jalanraya lain.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ