Tertekan Pedal Minyak - Exora Langgar Kaunter Stesen Minyak

 


Disangka tekan pedal brek,rupa-rupanya tersilap tekan pedal minyak.Penyudahnya terus langgar kaunter stesen minyak . 

Demikian trgedi yang berlaku di sebuah stesen minyak Shell di Jalan Sin On,Tawau baru-baru ini. 

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau,Asisten Komisioner  Jasmin Hussin, siasatan mendapati kenderaan Exora berkenaan dipandu oleh seorang wanita berusia 54 tahun. 

Punca kejadian ialah setelah mengisi minyak, pemandu berkenaan terus menghidupkan enjin dan telah menekan pedal minyak yang disangkanya pedal brek. 

Menurut Jasmin,perempuan berkenaan dalam perjalanan dari Kampung Ranggu menuju ke Kampung Muhibbah BAL sebelum singgah untuk mengisi minyak di stesen tersebut.



Kealpaan pemandu Exora berkenaan mengakibatkan kenderaan meluncur dan merempuh dinding kaunter pembayaran stesen minyak berkenaan.

Akibat rempuhan tersebut, dinding kaunter pembayaran stesen minyak berkenaan rosak dan retak manakala wanita terbabit mengalami kecederaan di kaki. 

Sementara pemandu Exora tidak mengalami sebarang kecederaan. Siasatan polis juga mendapati pemandu Exora berkenaan bukan warganegara Malaysia serta tidak memiliki lesen memandu.

Ulasan

  1. Malang betoi laa.. Haram kan terus dari drive kat Malaysia dan serta kan saman bersama bayaran baik puleh dan juga kecederaan kpd sorang lagi tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ