'THE MATTERHORN MONOLOCK TOP CASE' Produk Terkini Dari GIVI

 



'THE MATTERHORN' Kotak Simpanan Aliminium merupakan produk terkini GIVI telah dilancarkan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke 30 penubuhan GIVI Asia yang berlangsung di Renaissance Kuala Lumpue Hotel & Convention Centre. 



'THE MATTERHORN" merupakan kotak simpanan aliminium pertama buatan Malaysia dan dipatenkan dengan Sistem Monolock serta sepenuhnya menggunakan bahan aliminium berkualiti tinggi. 



Kotak simpanan aliminium yang telah diinovasikan kepada sistem monolock ini sangat praktikal dan mesra pengguna kepada semua penunggang motosikal. 

Terdapat beberapa ciri-ciri yang terhidang pada " THE MATTERHORN" iaitu Double-Hooked Locking System dan New Cam Opening System. 

"Double-Hooked Locking System"- Keselamatan Dalam Setiap Putaran Kunci:- 

Ianya merupakan Sistem Pengucian Keselamatan terkini yang direka khas bagi memudahkan pengguna untuk mengunci serta akses barang dengan mudah apabla diperlukan. Disamping rekabentuk yang kemas ianya menjimatkan masa pengguna untuk membuka dan mengunci kotak simpanan tanpa mengambil masa yang lama.



" New Cam Opening System" 

Sistem yang memastikan keselamatan terjamin. Dengan sistem ini pengguna perlu membuka kotak simpanan  terlebih dahulu sebelum membukanya atau mengalih keluar kotak simpanan dari bahagian tapak (base plate). 



" THE MATTERHORN " dengan ruang simpanan berkapasiti 39 liter . Direka dengan rekaan yang kemas dan sempurna serta ditawarkan dengan dua jenis kemasan iaitu MTN 39A 'Aliminium Finish' dan MTN39B 'Black Painted'. 

MTN39A 'Aliminium Finish'


MTN39B 'Black Painted'


Kotak Simpanan Aliminium ditawarkan dengan harga RM420 sehingga RM450.


 

" THE MATTERHORN ALIMINIUM MONOLOCK TOP CASE" akan berada dipasaran tempatan pada Julai nanti. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ