KTM DUKE 390 2024 Akan Dilancarkan Di Malaysia Penghujung April?

 



Sempena Ulangtahun Ke 30 DUKE tahun ini terdengar desas desus model terkini Duke 390 2024 akan masuk ke pasaran negara kita pada penghujung April nanti. Adakah berita tersebut menjadi kenyataan?  

Khabar Harian (KH) mendengar desas desus dari sumber yang boleh dipercayai model Duke 390 2024 berkenaan sudah berada di Malaysia. Dealer motosikal KTM juga telah dipertonton serta diberi taklimat model berkenaan. 



KTM Duke 390 2024, menggunakan enjin baharu iaitu 393cc mengantikan platform 373cc model sebelumnya. Enjin baharu berkenaan menawarkan 44hp dan 39Nm. Sementara enjin sebelumnya hanya 42.9hp dan 37 Nm. 

Namun KTM masih mengekalkan seperti Klac Slipper,,Quickshifter dan Transmisi 6 kelajuan. Bagi model Duke 390 2024 telah dinaik taraf dengan pakej eletronik yang merangkumi 'launch control' dan tiga mod menunggang iaitu Rain,Street dan Track.

 

Peminat Duke akan teruja apabila melihat panel meter digital 5- inci baharu yang boleh disambungkan kepada telefon pintar  selain penawaran ciri 'Turn-By-Turn Navigation'. 

Rekabentuk model 2024 ni jelas lebih kearah sporty dan tampak agresif. Ini jelas dapat dilhat pada lampu depan baharu. Tangki minyak juga berbeza rekabentuk dari model sebelumnya. 

Casis baharu pada 390 Duke 2024 terbaru ini termasuk fork USD WP boleh laras (fully-adjustable) serta cakera brek depan dan belakang. 



Apa yang menariknya, model 2024 ini juga bukan sahaja dilengkapi ABS dwi-saluran malah termasuk cornering ABS dan Supermoto ABS.  

Andai desas desus tersebut menjadi kenyataan,maka peminat dan pencinta jentera KTM Duke di Malaysia jangan lupa mengikuti perkembangan terkini pada penghujung bulan April nanti. 

Sehingga artikel ini ditulis,kami belum mendapat sebarang maklum balas dari  EUROTECH WHEEL DISTRIBUTION SDN BHD, Pengedar KTM di Malaysia. 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ