Walau US Menolak,Thailand Tetap Inginkan Pesawat F-35


Pesawat Pejuang F-35



Pesawat Pejuang generasi ke 5 iaitu  F- 35 buatan Amerika Syarikat tersenarai dalam perancangan Tentera Udara Thailand. 

Bukan setakat Jet pejuang keluaran Amerika Syarikat  malah jet pejuang dari Sweden Gripen E/F juga dalam senarai yang bakal dimiliki oleh tentera udara Thailand. 


Pesawat F-35


HK difahamkan pihak Washington pernah mengeluarkan kenyataan iaitu negara Asia Tenggara "belum bersedia" untuk mengendalikan jet pejuang moden tersebut. 

Sehingga kini Tentera Udara Thailand nampaknya belum berputus asa mengejar impian untuk memiliki pesawat pejuang generasi ke lima  F-35 dari Amerika Syarikat. 

Thailand berhasrat menjadi negara kedua di Asia Tenggara memiliki pesawat pejuang F-35 selepas Sinngapura. 


Pesawat Buatan Sweden
Gripen E/F


Sumber dari media Thailand memaklumkan. pada tahun lepas Duta Amerika ke Thailand telah bertemu dengan Panglima Tentera Udara Thailand ketika itu Alongkorn Wannarot.

Robert Gordec Duta Amerika ke Thailand waktu itu telah diamanatkan menyampaikan keputusan Kerajaan Amerika behubung isu pembelian pesawat pejuang F-35. 

Kerajaan Amerika dalam menolak permintaan Kerajaan Thailand berhubung isu pembelian F-35 dengan beberapa alasan yang munasabah. 

Ketiadaan infrastruktur serta jaminan keselamatan serta mengoperasikan pesawat berkenaan. 

Keselamatan pangkalan Udara untuk menempatkan pesawat F-35 juga termasuk dalam perhitungan pihak kerajaan Amerika. 

Penyelenggaran,juruterbang serta krew yang terlibat untuk mengoperasi pesawat tersebut merupakan alasan yang diutarakan sewaktu menolak permintaan Tentera Udara Thailand pada tahun lepas. 

Pesawat F-16 Block 70


Namun pihak Amerika Syarikat akan mengadakan perbincangan sekali lagi seandainya Thailand telah bersedia dan berupaya mempersiapkan segalanya. 

Menurut media Thailand,pihak Washington telah menawarkan kepada Kerajaan Thailand jet pejuang varin terkini F-16 Block 70 serta F- 15 dan kemungkinan Varian "EX" yang difahamkan bakal dimiliki oleh Tentera Udara Negara Indonesia. 

Pesawat Gripen Buatan Sweden


Pesawat pejuang buatan Sweden iaitu Gripen masih menjadi pilihan Tentera Udara Thailand walaupun masih menaruh harapan untuk memiliki F-35. 

Ini kerana Tentera Udara Thailand telah mempunyai 12 buah pesawat Gripen.Pesawat-pesawat berkenaan ditempatkan di pangkalan udara Suratthani di selatan Thailand. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ