Scooter Members 2024 Bakal Melonjakkan Kemaman

 



Scooter Members 2024 yang julung kalinya bakal diadakan di Kemaman akan menjadi hub ke 2 di Pantai Timur dalam mengumpulkan pemilik dan peminat skuter dari seluruh Malaysia. 

Acara Scooter Members merupakan penganjuran bersama HAYR NZ Enterprise dan Faster Energy Kemaman. Lokasi Waterfront,Kemaman menjadi lokasi pilihan untuk acara tersebut.

Lokasi berkenaan merupakan lokasi tumpuan ramai untuk beriadah bersama keluarga dihujung minggu.

Majlis pelancaran Scooter Members 2024 telah disempurnakan oleh En Mazlan Yusoff wakil Majlis Perbandaran Kemaman baru-baru ini.

Mazlan yusoff Penasihat Acara Scooter Members 
2024


Beliau selaku penasihat acara Scooters Members 2024 menyatakan, selain dari acara Scooter Members dalam masa yang sama turut diadakan Festival Makanan Terengganu.

Peniaga-peniaga makanan tempatan yang berkonsepkan makanan Tradisi diberikan keutamaan untuk memperagakan makanan masing-masing sepanjang acara berlangsung. 

Ianya bertujuan mendedahkan kepada pengunjung menikmati makanan tradisi yang sedia ada di Terengganu khususnya Kemaman.

Yuran pendaftaran paling termurah 'RM 5" dan diberikan goodies bag kepada pengunjung yang mendaftar.

Acara Scooter Members juga bukan hanya semata-mata khusus kepada Skuter sahaja,malah ianya terbuka kepada semua jenis motosikal.



Selain itu kepada yang mendaftar mereka layak untuk menyertai acara cabutan bertuah.Hadiah-hadiah yang ditawarkan agak lumayan dan pelbagai.


 

Antaranya ialah dua buah Skuter,minyak enjin jenama Totachi,beg motosikal GIVI,helmet,barangan letrik dan hamper. 

Apa yang menarik ialah hadiah utama sebuah skuter Zontes 350 model terkini yang hangat dipasaran. Sementara hadiah kedua sebuah skuter 125cc. 

Hiasan;Contoh desain 'Rap'
yang akan dibuat pada skuter
yang dimenangi


Bagi pemenang kedua buah skuter,penganjur dengan kerjasama dari pengedar Minyak Enjin Totachi telah menawarkan secara percuma untuk 'Rapping' skuter berkenaan mengikut desain Totachi serta 2 tahun diberi percuma minyak enjin jenama Totachi,demikian ujar Mazlan sewaktu diwawancara.


Minyak Enjin Totachi Khas untuk Skuter


 
Acara yang julung kali diadakan ini dijangka berjaya menarik lebih 5 ribu pengunjung baik dari luar mahupun penduduk tempatan.Penganjuran acara ini juga mendapat kerjasama dari PDRM,KKM Daerah Kemaman,APM Kemaman dan RELA.



Pengunjung luar khususnya pasti tidak melepasksn peluang untuk menikmati makanan tradisi seperti Sata.Otak-Otak,Keropok Lekor dan tidak dilupakan minuman yang menjadi tarikan serta buah mulut mereka yang pernah berkunjung ke Kemaman iaitu Kopi- hai Peng.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung dengan Najmi(013-3675608) dan Ikha (019-7395787).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ