Apakah Benar Honda CBR400R 2024 Bakal Dilancarkan Mac Nanti?

 





HK mendapat khabar Honda bakal melancarkan CBR400R 2024 pada bulan Mac nanti dipasaran Jepun.Sejauh mana kesahihan berita berkenaan masih menjadi tanda tanya. 

Namun khabar yang HK terima menyatakan model CBR 400R 2024 yang bakal dilancarkan akan dijual dengan harga 863,500 Yen atau RM7,476.Jangan tersilap yer,itu harga bagi pasaran negara Jepun.

Berbeza dari model tahun 2020 yang lalu, Difahamkan model CBR400R 2024 kini dikemaskini dari segi kosmetik serta penambaikan sistem elektronik. 

Ini menampakkan perbezaan yang jelas dari model terdahulu keluaran 2020.Dan ditawarkan dengan 2 warna pilihan iaitu merah dan hitam.



Melihatkan pada rekabentuknya,Honda CBR400R 2024 terdapat winglet yang sama seperti model Honda CBR 1000RR - R.

Modern Racing Art demikian yang boleh HK definasikan setelah melihat lampu depan dan lampu belakang model berkenaan. 

Speksifikasi :- 

1.Enjin 399cc. 

2. Parallel-Twin cylinder, Water cooled. 

3. DOHC 8-Valve. 

4. Kuasa maksimum yang dihasilkan 45hp @ 9,000rpm. 

5. Tork maksimum 38Nm @ 7500rpm. 

6. Bahan Api 15 liter.

 7.Traction control (HSTC). 

8. panel meter TFT 5."

9.USB Port telefon pintar. 

10.ABS dual-channel. 

11. Fork USD.

Bila dikaji dan meneliti speksifikasi Honda CBR400R 2024, jelas model ini merupakan saingan Kawasaki Ninja 400 dan KTM RC390.

Penulis pernah menguji KTM RC390 sejauh 1,200km.Memang mantap dan teramat berpuashati dengan prestasi model tersebut.

 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ