QJ MOTOR SRK 921 RR 2024 Harga RM 46,646.28 . Betul Ker?

 




Adakah benar harga motosikal QJ Motor SRK 921 RR model 2024 RM46,646.28 ? 

Jangan terkejut atau terus membuat kesimpulan tentang harga motosikal berkenaan.Sebenarnya model ini belum lagi masuk dipasaran negara kita. 

Harga tersebut adalah perbandingan matawang diantara RM dan CNY( China) setelah melihat harga jualan model QJ Motor SRK 921 RR 2024 di China.


 

Harga bagi pasaran di negara China adalah CNY 69,999.00 bersamaan RM46,646.28( mengikut kadar semasa).

Andaikata jika model ini dibawa masuk ke Malaysia dan harganya dibawah RM50k,sudah pasti laku keras dan bakal melonjakkan nama QJ Motor di negara kita.

 Model QJ SRK 921 RR 2024 secara rasmi telah dilancarkan bagi pasaran di China pada awal Januari lalu.

Model ini jika menembusi pasaran dinegara kita, pastinya bakal bersaing dengan produk Eropah yang telah lama bertapak di Malaysia.

Pertama kali penulis melihat gambar motosikal ini agak terkejut.Sekilas pandang cukup cantik dan lengkap sepertimana model SBK yang sama kelas dengannya. 



Namun pengamaatan penulis secara terperinci,model QJ SRK 921 RR 2024 jelas  kacukan dari pelbagai model SBK yang ada dipasaran masakini. 

Pastinya rekabentuk,teknoloji dengan sentuhan warna yang ditawarkan bakal mengugat perasaan berahi peminat tegar SBK. 

Difahamkan model ini mengunakan teknoloji serta enjin MV Augusta. 


Speksifikasi:- 

1. Enjin bersesaran 921cc (four-cylinder, liquid-cooled). 

2. Kuasa maksimum 127hp @ 10,000rpm dan tork maksimum 93Nm @ 8,000rpm. 

3. Riding Modes, Launch Control, Traction Control, Cornering ABS, Steering Damper. 

4. Panel instrumen TFT dengan ciri sambungan ke telefon pintar. 

5. Sistem lampu LED, kamera perakam video depan dan belakang.

6. Sistem suspensi depan dan belakang Marzocchi. 

7. Sistem brek Brembo. 

8. Petrol 16 liter. 

9.Beratnya 215 kg (curb weight). 

Melihatkan kepada sistem yang ada dengan pelbagai instrumen terkini, model ini setanding produk Eropah seperti Ducati dan Triumph.

Bila model QJ Motor SRK 921 RR 2024 akan masuk ke pasaran negara Malaysia?

Tunggu info dari pengedar QJ Motor di negara kita.


Galeri:-













  

  



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ