KAWASAKI Z500 2024 KINI DIPASARAN?



Jangan cepat melatah yer, model Kawasaki Z500 2024 bukannya berada di pasaran negara kita. Difahamkan model berkenaan telah berada di pasaran USA. 

Dengo ceritanya Kawasaki Z500 2024 untuk pasaran di USA ditawarkan dua varian iaitu Standard dan SE. 


Kawasaki Z500 Varian Standard


Harga bagi varian Standard ialah 5,599.00 USD sementara bagi varian SE pula 6,299.00 USD. Berapa harganya didalam matawang kita,sudilah pembaca HK mengira yer.

Dari aspek penawaran warna, kedua varian berkenaan hanya menyediakan satu warna tunggal. Candy Lime Green / Metallic Graphite Gray / Metallic Flat Spark Black bagi varian Standard. 


Kawasaki Z500 Varian SE


Bagi varian SE pula ialah Candy Persimmon Red / Metallic Flat Spark Black  / Metallic Matte Graphenesteel Gray. 


Speksifikasi :-Kawasaki Z500 2024 

1. Enjin bersesaran 451cc (4-stroke, Parallel Twin, DOHC, 8 valves, liquid-cooled).

2 .Transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch. 

3.Kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin dua silinder itu mencapai 51hp @ 10,000rpm dengan tork puncak 43Nm @ 7,500rpm.

4.Panel TFT berwarna dengan ciri sambungan ke telefon. Hanya terdapat pada varian SE sahaja.

5. lampu signal LED, meter cover (smoke), pillion seat cover, frame sliders, soket USB-C, tank pad, knee pads, radiator screen dan under cowl. Hanya terdapat pada varian SE sahaja. 

6.Lampu depan dan belakang LED.

7.Panel meter digital LCD untuk varian Standard,.

8.Fork depan teleskopik 41 mm, suspensi belakang Uni-Trak (horizontal back-link with adjustable spring preload). 

9.Sistem brek cakera dengan ABS, tayar bersaiz 110/70-17 dan 150/60-17.

10.Tangki petrol 14 liter. 1

11.Tinggi pelana 785 mm.

12. Berat Z500 varian Standard 167kg, sementara bagi varian SE168 kg. 


Persoalannya adakah Kawasaki Z500 akan masuk ke Malaysia?  


Galeri:-













Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ