Subsidi Tiket Penerbangan Ke Sabah,Sarawak dan Labuan Sempena Musim Perayaan

 





Menteri Pengangkutan berkata,Inisiatif berkenaan berkuatkuasa bermula jam 12.01 pagi (16 Dis) bagi penerbangan pada 22 hingga 24 Dis 2023. 

Tambahnya lagi, Kerajaan bersetuju memberi subsidi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi melebihi RM599 untuk penerbangan sehala ke Sabah,Sarawak dan Labuan selama 3 hari sebelum krismas. 



Bagaimanapun subsidi berkenaan tidak termasuk cukai dan yuran,ujarnya. 

Subsidi yang sama akan diteruskan bagi perayaan Tahun Baru Cina,Sambutan Aidilfitri,Kaamaatan,Perayaan Gawai dan Krismas pada tahun depan. 

Dimana tiket tersedia untuk ditempah bermula jam 12.01 pagi 1 Jan 2024.



Kabinet sebulat suara telah meluluskan berikutan aduan tiket yang tinggi setiap kali menjelang musim perayaan. 

Sebagai contoh, jika tiket penerbangan kelas Ekonomi berharha RM1,500 sehala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pada 23 Dis, penumpang hanya perlu membayar RM599 sementara kerajaan akan menanggung RM901.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) bertanggungjawab keatas urusan kesetiausahaan dan pembayaran di bawah inisiatif subsidi. 



Strategi berkenaan memberikan impak positif.ini kerana tambang tiket penerbangan dari Kuala Lumpur  ke destinasi utama di Sabah dan Sarawak menurun antara 5 peratus dan 33 peratus sejak pagi jumaat baru-baru ini berbanding minggu sebelumnya. 

Orang ramai boleh menempah tiket penerbangan mengikut tarikh seperti dinyatakan melalui laman web syarikat penerbangan Domestik  AirAsia,Firefly,Malaysia Airlines Berhad dan Batik Air. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ