SIBU International Bike Week Ke 11 Pamerkan Budaya Negeri Sarawak

 




SIBU International Bike Week 11 2023, sekali lagi mendapat kepujian dalam mengelola acara tahunan yang berprestij di Bumi Sarawak. 



Acara perhimpunan motosikal yang dinantikan oleh pemilik dan peminat motosikal di Borneo. Sibu International Bike Week yang diadakan saban tahun jelas tidak pernah mengecewakan pengunjung.


Sibu International Bike Week 2023, kali ini menerima pengunjung melebihi dari 8,000 orang.Ini termasuk peminat dan pemilik motosikal dari luar negara iaitu,Singapura,Thailand,Indonesia ,Brunei ,Jerman dan Amerika Syarikat.

Acara yang disebut-sebut sebagai yang terbesar di Sarawak itu membuktikan ianya merupakan salah satu pintu masuk pengunjung dari luar negara ke Sarawak.

 Acara yang bermula pada 1 dis hingga 3 dis telah menyaksikan Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 11 yang dipenuhi sebanyak 60 booth dikunjungi tetamu yang terdiri dari pelbagai bangsa serta pelancong diluar jangkaan.

Menurut Datuk Michael Tiang,Timbalan Menteri 11 Kesihatan Awam,Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak sewaktu di tem0ui berkata, penganjuran Sibu International Bike Week merupakan 'Hub' untuk mengumpulkan belia. 

Tambah beliau lagi,Acara ini merupakan festival menghimpunkan semua peminat dua roda baik di Sarawak khususnya dan berjaya menarik pelancong luar untuk lebih mengenali Negeri Sarawak. 

"Saya dapat melihat ramai anak muda di sini, datang dari dan luar Sarawak, malah ada juga dari luar negara seperti Brunei, Indonesia,Thailand, Singapura,Jerman dan Amerika Syarikat. 

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan nikmatilah pelbagai juadah tradisional yang boleh didapati sekitar Bandaraya Sibu. Anda semua boleh melihat serta merasai pengalaman unik di Sibu yang kaya dengan masyarakat berbilang etnik dan agama. 

Keamanan serta persahabatan yang sekian lama dipupuk oleh penduduk Sibu menjelaskan bahawa masyarakat di Sibu walaupun terdiri dari pelbagai etnik dan agama namun Ukhwah terjalin erat dengan aktiviti yang disertai bersama. 

Acara Sibu International Bike Week 11 2023, telah menyajikan persembahan oleh kumpulan Gendang Pampat Dayak Sarawak yang sungguh unik. 

Berpakaian tradisional sambil mengalunkan muzik oleh Kumpulan Gendang Pampat Dayak Sarawak jelas memukau pengunjung khususnya pengunjung luar yang berpeluang melihat dari dekat disamping menikmati persembahan mereka. 

Menurut Razak,Founder Razz Chopper Malaysia,beliau mendapat idea untuk membuat  kejutan kepada pengunjung bagi acara SIBW 11 berdasarkan permintaan dari pengunjung.

Kami menghargai pengunjung khususnya luar dari Sarawak yang menginginkan sesuatu yang segar sepanjang acara dijalankan.Disamping itu ianya bertujuan mempromosi budaya yang terdapat di negeri Sarawak.

Pertandingan Battle Of The Band juga digantikan dengan pertandingan persembahan oleh Kumpulan Buskers .Jelas pihak penganjur begitu peka dengan selera pengunjung demi memeriahkan lagi acara berkenaan.

Acara Burn Out,Zumba,Miss Sibu,Auto Show,Mr Fit dan pertandingan melukis bagi kanak-kanak masih dikekalkan seperti tahun sebelumnya.

Lan Solo, artis jemputan yang dibawa khas telah berjaya memukau penonton dengan persembahan lagu-lagu popularnya.

Hadiah Grand Prize cabutan bertuah iaitu sebuah motosikal Modens Kriss 110 telah dimenangi oleh pengunjung dari Brunei.Penglibatan dari PDRM,RELA dan pelbagai agensi tempatan cukup mantap dalam menjayakan acara tersebut.



Penganjur juga mendapat penajaan dr Helmet Gracshaw Malaysia dan Voltbar.


Sementara itu Ghee Co Sdn Bhd, pengedar motosikal di Kucing yang saban tahun menyertai SIBW tidak melepaskan peluang memperkenalkan model Suzuki Gixxer 250 dan Gixxer SF250 kepada pengunjung.

Mereka juga turut melancarkan Kelab Pemilik Kawasaki Sarawak di acara SIBW 11 2023. Ghee Co.Sdn Bhd merupakan pengedar Kawasaki di Sarawak. 

Penganjur juga  turut menyampaikan sumbangan cek bernilai RM1,500 kepada Humanitarian Care Malaysia Berhad. 











Community Verified icon

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ