RECALL : Melibatkan Motosikal Honda Dan Yamaha,JPJ Adakan Panggilan Umum Siri 2

 



Panggilan semula atau RECALL telah dihebahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melibatkan beberapa jenama motosikal dan kereta yang dijual di Malaysia. 

Ini merupakan sumbangan dari panggilan semula yang di umumkan pada bulan April lalu, yang mana pihak JPJ membantu menghebahkan kempen panggilan semula melibatkan semua jenama di Malaysia.




Panggilan semula (Recall) terkini oleh pihak pengeluar kenderaan yang terlibat berdasarkan rekod diterima oleh pihak JPJ. 

Kia,Mercedes-Benz,Ford,Honda dan Yamaha . 5 jenama berkenan melibatkan kereta dan motosikal yang terlibat dalam panggilan umum siri 2 oleh JPJ. 




Maklumbalas yang diterima daripada pengeluar kenderaan dalam kempen panggilan semula iaitu ksukaran menghubungi pemilik-pemilik kenderaan tersebut,berkemungkinan kenderaan telah bertukar hak milik atau maklumat pemilik tidak dikemaskini. 




Demikan menurut kenyataan JPJ di hantaran facebook. Oleh itu menjadi tanggungjawab pemilik mengemaskini maklumat peribadi di pusat servis bertauliah. 

Begitu juga pemilik perlu mengemaskini maklumat terkini di Jabatan Pengangkutan Jalan bagi kenderaan mereka. 




Ini bertujuan memudahkan pihak JPJ menghubungi sendainya kenderaan mereka terlibat dengan aktiviti Product Recall(Panggilan Semula). 




Kecuaian dan pengabaian pemilik dalam mengemaskini maklumat akan menyukarkan proses berkenaan. Sekaligus kenderaan yang terlibat tidak akan diperbaiki dengan sewajarnya.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ